!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini telah dibuka untuk pendaftaran.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila klik "Register". setelah daftar tunggu approval admin. Semak dari masa ke masa inbox atau spam folder mailbox anda.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

CARI POSKOD



Author Topic: eksesais tentera darat  (Read 802 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline semangatmelayu

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2101
  • Karma: +3/-40
  • Last Login:April 28, 2012, 09:50:39 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
eksesais tentera darat
« on: April 15, 2008, 06:56:40 PM »
mari kita tengok latihan bersama australia dgn malaysia .

:ihih: :thumbsup:

Offline sepuluh

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1309
  • Karma: +10/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:July 21, 2017, 05:03:29 AM
  • "KERIS BERSARONG"

  • Activity
    0%
    • My Profile
Eksesais HALILINTAR
« Reply #1 on: October 11, 2012, 08:51:56 AM »
Eksesais HALILINTAR

Nov 15, 1994
Petikan Dewan Rakyat 15 November 1994 Eksesais Halilintar


Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pada 10hb Oktober yang lalu, negara kita telah menyaksikan secara live melalui TV pelaksanaan exercise Halilintar di Pulau Langkawi. Exercise Halilintar berlangsung
serentak dengan pelancaran pasukan Atur Gerak Cepat Angkatan Tentera Malaysia atau nama ringkasnya "PAC". Pelancaran PAC telah disempurnakan oleh Yang Arnat Berhormat Perdana Menteri yang menjadi tetamu utama menyaksikan latihan Halilintar. PAC adalah pasukan istimewa yang mempunyai kemampuan, kepakaran dan mobiliti untuk melaksanakan tugas penting mempertahankan kepentingan strategik negara. Teras PAC ialah 10 briged para tentera darat dan PAC dibantu oleh TUDM dan TLDM mengikut keperluan tugas. Exercise Halilintar telah melibatkan kira-kira 4,000 anggota. Sebahagian besarnya dari 10 briged para, 34 buah pesawat TUDM dan 6 buah kapal perang TLDM.

Turut terlibat ialah Pasukan Komando dari Grup Gerak Khas Tentera Darat, Pasukan Khas Laut TLDM (PASKAL), Pasukan Mencari dan Penyelamat TUDM (SAR.) serta lain-lain pasukan dari ketiga-tiga
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
Eksesais Halilintar telah memaparkan gerakan serangan oleh PAC untuk menawan semula Lapangan Terbang Langkawi yang telah ditawan oleh musuh. Ia telah mempertunjukkan dengan jayanya gerakan penerjunan dua batalion dari pesawat Charlie 130, aksi menawan kubukubu musuh di sekitar lapangan terbang, gerakan bantuan serangan udara oleh pesawat F5E dan Hawk serta aksi PASKAL menawan semula pelantar minyak laut dan penyusupan di pesisir pantai.
Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Angkatan Tentera Malaysia dan kepada Menteri Pertahanan atas penubuhan PAC dan kejayaan besar Eksesais Halilintar.

Tuan Yang di-Pertua, setelah beberapa abad Angkatan Tentera Malaysia dibayangi dengan hanya kebolehan peperangan counter insurgency di hutan, Angkatan Tentera Malaysia kini melalui PAC dan Eksesais Halilintar telah menunjukkan kemampuan meneroka lebih jauh bidang peperangan konvensional sebagaimana yang dituntut dewasa ini.
PAC dan Eksasais Halilintar telah membuktikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia kini mempunyai kemampuan dan bersedia menghadapi peperangan konvensional dan mempertahankan kawasan strategik negara.

Pada hemat saya, PAC adalah sandaran baru bagi negara dalam bidang pertahanan. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan PAC adalah sebahagian dari program dan langkah kerajaan untuk mempermodenkan Angkatan Tentera Malaysia dengan pembelian pesawat-pesawat, kapal-kapal perang dan peralatan canggih serta penubuhan berbagai unit yang difikirkan perlu bagi menghadapi sebarang krisis pertahanan zaman moden ini.

* * * * *

FROM:

.
Mahadher Abdul Halim
My Profile My Facebook
:: SB