!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini telah dibuka untuk pendaftaran.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila klik "Register". setelah daftar tunggu approval admin. Semak dari masa ke masa inbox atau spam folder mailbox anda.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

CARI POSKOD



Author Topic: MASA  (Read 1070 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

hari

  • Guest
MASA
« on: September 22, 2007, 10:48:45 PM »


Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia.)
                                                                             
                                                                        (Surah Yunus:45)

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.
                                                                         
                                                                             (Surah Yunus:61)


Banyak kenyataan-kenyataan di dalam al-Quran menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini merupakan bukti di dalam cerita-cerita ini. Sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi, sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebutkan di dalam al-Quran, berada di dalam tidur yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasakan bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja, dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka telah tidur:

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
                                                                         
                                                                         (Surah Al-Kahfi:11-12)

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.     
                                                                             (Surah Al-Kahfi:19)


mari kita mengkaji yang tersirat dari yang tersurat tentang MASA.





Offline se7en

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3766
  • Karma: +55/-56
  • Last Login:October 13, 2017, 07:07:37 PM
  • tu7uh

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #1 on: September 22, 2007, 11:02:07 PM »
 :idea: masa itu relatif..... 
 "In 1969 I gave up women and alcohol. It was the worst 20 minutes of my life" - George Best

Offline MerahSilu

  • Leftenan Muda
  • *
  • Posts: 118
  • Karma: +1/-5
  • Last Login:December 26, 2012, 06:53:42 PM

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #2 on: September 23, 2007, 12:38:16 AM »
:idea: masa itu relatif..... 

Setuju... Contohnya apabila Ferrari berlumba kereta, ia akan menggunakan Felipe Massa...  :idea:
Membela syiar yang asal (sub-title BKA II).. Yeehaaa!!!

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #3 on: September 23, 2007, 09:04:43 AM »
Masa itu emas aaaar....Masa yang berlalu tak akan berulang kembali. :'(
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline se7en

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3766
  • Karma: +55/-56
  • Last Login:October 13, 2017, 07:07:37 PM
  • tu7uh

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #4 on: September 23, 2007, 12:58:56 PM »
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (surah Al-Mukminun:112-114)

Dan mereka meminta kepada kamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (surah Al-Hajj:47

Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing -masing terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). (surah Maarij:4)


Atau (tidakkah engaku pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri telah runtuh segala bengunannya, orang itu berkata : "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? "lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "berapa lama engkau tinggal (di sini ? "Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatilah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebgai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(surah Al-Baqarah:259)
« Last Edit: September 23, 2007, 01:23:07 PM by se7en »
 "In 1969 I gave up women and alcohol. It was the worst 20 minutes of my life" - George Best

Offline gentek

  • Kedet Kanan
  • *
  • Posts: 124
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:September 05, 2006, 08:19:50 PM

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #5 on: September 24, 2007, 02:03:04 PM »
Ada lagi ayat quran tulis "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Ada masa kita untung. Ada masa kita rugi. Masa untung tu macam mana? Masa rugi tu macam mana? Mayat cakap "alangkah untung kalau aku masih hidup..boleh buat amalan soleh banyak2". Orang hidup pulak cakap, "alangkah untung kalau aku mati, tak buat dosa banyak2." Jadi apa sebenarnya keberuntungan atau kerugian tu? yang mati cakap untung hidup, yang hidup cakap untung mati.

 

Offline belagak

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4657
  • Karma: +118/-91
  • Last Login:December 27, 2009, 08:42:58 AM

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #6 on: September 24, 2007, 02:09:23 PM »
Dialog yg biasa kita dengar...

Aiya harga sulah patut ma....mana muleh tulun lagi....wa talak untung la.... :prrr:

padahal kalau tak untung buat apa meniaga  :mad2:
darulsaka.blogspot.com

hari

  • Guest
Re: MASA
« Reply #7 on: September 24, 2007, 02:22:15 PM »
masa dibelakang jangan dijeling masa dihadapan usah dirisau
nikmatilah dengan masa yang ada sekarang

Offline kelana71

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 252
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:July 24, 2016, 10:25:39 AM

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #8 on: September 27, 2007, 09:20:26 PM »
masa dibelakang jangan dijeling masa dihadapan usah dirisau
nikmatilah dengan masa yang ada sekarang

Ini kenyataan yang bahaya ni kerana setiap masa tu hendaklah direnung seketika kerana berapa banyakkah masa kita tumpukan untuk Tuhan yang menjadikan kita. dan berapa banyakkah masa kita yg lepas yg kita lupa akan tuhan kita dan apa kah yg kita akan lakukan bagi menembus masa masa yg telah lalu itu. Jangan lupa setiap langkah itu menuju kealam Kubur... :biggrin5:

hari

  • Guest
Re: MASA
« Reply #9 on: October 12, 2007, 03:47:30 PM »
masa dibelakang jangan dijeling masa dihadapan usah dirisau
nikmatilah dengan masa yang ada sekarang

Ini kenyataan yang bahaya ni kerana setiap masa tu hendaklah direnung seketika kerana berapa banyakkah masa kita tumpukan untuk Tuhan yang menjadikan kita. dan berapa banyakkah masa kita yg lepas yg kita lupa akan tuhan kita dan apa kah yg kita akan lakukan bagi menembus masa masa yg telah lalu itu. Jangan lupa setiap langkah itu menuju kealam Kubur... :biggrin5:

itu benar dan setuju dengan pendapat kelana
tapi ini hanya pendapat seorang pengira hari.
renung masa lepas itu tak mengapa
tapi ianya menganggu perjalanan sekarang
kerana ianya sentiasa berada didalam ingatan dosa-dosa silam
serta asyik dengan khalayan kenangan hidup yang tak punya arah.
jiwa yang sentiasa ingat pada masa silamnya sentiasa berasa ,sedih,takut ,gusar dan tidak tenteram.
merenung masa hadapan hanya menambahkan angan-angan.
tetapi masa sekarang adalah masa yang wajib digunakan.
rugi tak rugi dah memang rugi masa yang lepas tu.
tapi still boleh mohon keampunan darinya.....
masa depan tak tahu tapi boleh mohon dan mintak padanya.
so syukurilah dengan masa yang ada sekarang......
gunakan lah ia sebelum terlambat

pernahkan anda berasa masa terlalu cepat didalam sehari
pernahkah anda berasa masa terlalu lambat didalam sehari
ada yang tersirat disebalik kejadian yang pernah kita alami.

Offline pico

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 581
  • Karma: +0/-0
  • Gender: Male
  • Last Login:January 11, 2018, 01:50:56 AM
  • tiada diri, timbul allah

  • Activity
    0%
Re: MASA
« Reply #10 on: December 14, 2017, 05:04:27 PM »
masa

1. demi masa
2. manusia dlm kerugian
3. kecuali yg beriman dan beramal soleh
4. berpesan dgn kesabaran
5. berpesan dgn kebenaran

SOALAN
1. kenapa allah bersumpah dgn masa
2. kenapa allah kata manusia sentiasa dlm kerugian
3. siapakah golongan ini(beriman dan beramal soleh)
-aper yg mereka beriman(percaya)
-aper amal soleh disisi allah dan disisi hukum
-kenapa allah kata mereka ini tdk dlm kerugian berbanding sekalian manusia