!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

CARI POSKOD



Author Topic: ciri-ciri bintang taurus  (Read 1681 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
ciri-ciri bintang taurus
« on: May 29, 2007, 08:13:40 AM »
TAURUS : YANG SETIA ( 21 April - 20 Mei )



Ciri Positif



Orang dilahirkan pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan
bernaung di bawah zodiak Taurus , yang berlambang Lembu Jantan.

Dengan yang demikian , Taurus mengutamakan kekayaan ,
ketinggian
rohaniah , kaut daya rasa , kesetiaan , gemar berpeleseran, kesuburan
,
terlalu praktis , murah rezeki . dan ketabahan .



Ciri Negatif



Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan ,
terlalu mengongkong, keras hati , suka menurut rasa hati dan buntu
fikiran .



Kualiti Astrologi



Taurus termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya
kestabilan , daya ketabahan , daya ketahanan dan daya kesempurnaan.
Anda
sebenarnya sentiasa baik atau menjadi dalam usaha melancar atau
menyelesaikan pekerjaan.

Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain
Taurus ialah Leo , Scorpio dan Aquarius.



Taurus Sepintas Lalu



Lambang : Lembu Jantan

Kunci Kata : Wang Ringgit

Kekuatan : Ketahanan Diri

Perlu Perbaiki : Kawalan Selera Makan

Cepat Mesra Dengan : Virgo

Perlu Belajar Daripada : Scorpio

Untuk Keselamatan Berpaling

Kepada : Leo

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Aquarius

Perkara kerohanian Mudah

Dibantu Oleh : Aries ; Capricorn

Warna : Batu Tanah ; Hijau ;
Oren ;
Kuning

Warna Yang Membuahkan Cinta,

Asmara dan Harmoni : Ungu Merah ; Ungu

Warna Yang Menampilkan

Kehebatan Diri : Kuning ; Kuning - Oren

Batu Permata : Merjan ; Zamrud Hijau

Logam : Tembaga

Bau - bauan : Badam Pahit ; Mawar ;
Vanila
; Violet

Hari Terbaik : Jumaat





Gelagat Perhubungan



Taurus sangat berhati - hati memilih kawan , sahabat lebih - lebih
lagi
kekasih , sehingga menjadi seorang yang sangat pemilih. Walau
bagaimana
pun , sebaik - baik sahaja mendapat pendamping yang serasi ,
Taurus
akan menjaga perhubungan itu supaya tetap berpanjangan.

Taurus mudah mesra , setia pada kekasih , bersikap
melindungi ,
tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong. Taurus suka tinggal di
rumah ,
suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada berpeleseran.

Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia
dan
memberi perhatian penuh padanya . Ini bermakna Taurus sangat
bergantung
pada pasangannya.

Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ) dan Virgo ( 22 Ogos - 22
September
) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus . Walau bagaimana pun,
Taurus
perlu berhati - hati apabila berpasangan dengan Aries ( 21 Mac - 20
April
) atau Gemini ( 21 Mei - 20 Jun)

Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian
Cancer
yang matang dan tidak berubah - ubah sesuai dengan cita rasa Taurus .
Lagi
pun , Cancer mempunyai pandangan yang konservatif ( kolot ) seperti
anda.
Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi Taurus.

Pasangan Taurus - Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana ,
Aries bercita - cita tinggi, lincah dan terbuka berbanding dengan
Taurus
yang tenang tetapi matang .

Gemini juga bukan pasangan ideal bagi Taurus . Sifat Gemini
yang
mudah berubah - ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa kecewa.



Perhubungan Seks



Taurus merupakan satu lagi lambang yang paling seksi . Walaupun
demikian, orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya
tetapi
cukup mengasyikkan. Oleh sebab mereka 'lambat' , jangan pula anda
beranggapan mereka ( Taurus ) membosankan.

Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap
sesiapa yang menjadi pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan
pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur terhadap
pasangannya.



Kerjaya dan Kewangan



Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet
,
kreatif dan mementingkan ' deadline ' ( tempoh siap ). Semua ciri ini
menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus sangat
inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya.

Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal
ehwal kemasyarakatan dan politik.

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda
tidak
pernah bersikap malas , tetapi berasa seronok bekerja dan
mengharapkan
hasil yang memuaskan

Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan
dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti
pengurus
atau penyelia.

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi
Taurus
pada pengurusan dan pengendalian yang terperinci dengan penuh
kesabaran
dan keterlibatan.

Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam
perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih
wang
ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam
.
Justeru itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan
sekiranya
ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya !

Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan .
Kekayaan adalah kestabilan . Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai
kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya! Sehubungan dengan
itu ,
Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha
mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan
intelektual dan
komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk
memastikan kejayaan Taurus.



Keluarga dan Rumah Tangga



Rumah dan keluarga merupakan dua ' harta ' ( aset ) dan tanggungjawab
adalah perkara yang sangat penting bagi Taurus. Orang kelahiran
Taurus
memang sayangkan anak - anak .

Untuk kelengkapan rumah , orang Taurus gemar membeli
perabot dan
perhiasan untuk keselesaan. Rumah bukan untuk tempat tinggal semata
-
mata tetapi tempat untuk kreativiti dan hiburan . Oleh sebab itu,
semua
alat dan perabot sentiasa tersusun dan bersih.

Semakin tua , Taurus gemar tinggal di rumah , terutama
rumah
yang jauh dari kebisingan. Taurus memang sukakan tanah tempat tumpah
darah
apabila menjelang hari tua. Taurus memang penyayang tetapi agak tegas
pada
anak - anak . Segala - galanya disediakan dan diawasi demi kebajikan
dan
kebaikan mereka . Bagi Taurus , kasih sayang bukan diucap tetapi
dipraktiskan. Walau bagaimana pun , Taurus tidak menyenangi
kebisingan
oleh kanak - kanak.
no signature

softred74

  • Guest
Re: ciri-ciri bintang taurus
« Reply #1 on: June 06, 2007, 11:00:54 PM »
;Dhttp:// :nono: :incazzato:

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: ciri-ciri bintang taurus
« Reply #2 on: June 07, 2007, 11:52:35 AM »
ada msg kena delete ke? :sconfused:
no signature

softred74

  • Guest
Re: ciri-ciri bintang taurus
« Reply #3 on: June 08, 2007, 01:42:06 PM »
 :confused: :nono: :frown2:
bkn leh pecaya tu.....  ;D

Offline piero

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1070
  • Karma: +6/-4
  • Gender: Male
  • Last Login:September 23, 2011, 02:22:18 PM
  • Don't Play-Play aaaa

  • Activity
    0%
Re: ciri-ciri bintang taurus
« Reply #4 on: June 27, 2007, 12:35:13 PM »
hehehehe kembang kejap  :yikes:
kalau datang didepan aku bukak langkah satu...
kalau datang di belakang ku bukak langkah seribu :p

Offline mail kacip

  • Leftenan Muda
  • *
  • Posts: 143
  • Karma: +0/-50
  • Last Login:July 29, 2011, 10:26:21 AM

  • Activity
    0%
    • Pelajari Teknik Bunuh iblis, syaitan, jin, bunian, hantu, polong, plesit dan sekutu sekutunya. (tak mustahil 30 tahun pengalaman)
syirik
« Reply #5 on: February 17, 2010, 12:00:42 AM »
Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
Ayuh mari pelajari teknik bunuh iblis, syaitan, jin, hantu, bunian dll.(tak mustahil 30tahun pengalaman)
http://ilmuhaq.blogspot.com
Sama-samalah kita ambil yang haq mana-mana yang bathil sama-samalah kita pulangkan.

Offline alibaba

  • Laksamana Pertama
  • *
  • Posts: 2653
  • Karma: +22/-16
  • Gender: Male
  • Last Login:October 04, 2014, 04:12:55 PM
  • Assalam mua'laikum...ya habibi ya maulana

  • Activity
    0%
Re: ciri-ciri bintang taurus
« Reply #6 on: February 24, 2010, 09:50:01 PM »
hehe...merayau kat sini pulak si mail. thread dah dkt 3 thn dia bukak balik. takper la, jgn buat direct selling ehh
errr...ummm...eheh....taktau apa nak display kat sini. hehe...