LIBRA : YANG BIJAK ( 23 September - 22 Oktober )
Ciri Positif
Orang dilahirkan pada tarikh di antara 23 September hingga 22 Oktober
dikatakan bernaung di bawah zodiak Libra , yang berlambang alat
penimbang
( Dacing ).
Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya
berciri - ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan
perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi ,
berseni ,
suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan
yang
ideal dan sukakan keadilan .
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun , ada kalanya Libra bersikap bolak - balik ,
pura -
pura , tidak jujur , tujuan kurang tegas , atau tindakan kurang
seimbang.
Kualiti Astrologi
Libra termasuk dalam kategori aktif , iaitu berprinsip memulakan
sesuatu.
Dengan kualiti ini, anda tersangat baik untuk meransang dan
seterusnya
memulakan sebarang projek baru.
Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori aktif selain
Libra ialah Aries , Cancer dan Capricorn .
Libra Sepintas Lalu
Lambang : Dacing
Kunci Kata : Perhubungan
Kekuatan : Kesinambungan ;
Kehalusan
Perlu Perbaiki : Rasa Diri
Cepat Mesra Dengan : Aquarius
Perlu Belajar Daripada : Aries
Untuk Keselamatan Berpaling
Kepada : Capricorn
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Cancer
Perkara kerohanian Mudah
Dibantu Oleh : Gemini ; Virgo
Warna : Biru ; Hijau Jed
Warna Yang Membuahkan Cinta,
Asmara dan Harmoni : Merah Gincu ; Merah ; Merah Marah
Warna Yang Menampilkan
Kehebatan Diri : Merah Perang ; Ungu ;
Ungu -
Merah
Batu Permata : Kemerah - merahan ;
Merjan ;
Zamrud
Logam : Tembaga
Bau - bauan : Mawar ; Badam ; Vanila
Hari Terbaik : Jumaat
Gelagat Perhubungan
Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada
dalam
keadaan ragu - ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi
tidak
banyak daripada kawan - kawan anda yang dapat anda percayai.
Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan
yang
dapat anda jadikan kekasih anda... Akibatnya , anda berkemungkinan
terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang
yang
sesuai anda yakini.
Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami
oleh
pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu
membara
sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun
Libra
adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjaga perbuatan dan
pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.
Pendamping yang ideal buat Libra ialah Taurus ( 21 April -
20
Mei ) dan Leo ( 21 Julai - 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda
dengan
Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) didapati
kurang
sesuai .
Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk
mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala ,
Leo
yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia
tahu
menyenangkan hati anda yang suka menimbang - nimbang sesuatu
keputusan dan
sentiasa dalam keadaan keraguan itu.
Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan /
pasangannya
sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang
-
nimbang dan sentiasa ragu - ragu itu. Lagipun , Aries sukakan
keputusan
yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi
keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan
hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan
sering
berubah - ubah itu sememang sukar di 'pegang' memungkinkan anda cepat
berasa kecewa.
Perhubungan Seks
Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta
lantaran
sikap Libra suka berkawan banyak. Tetapi, berhati - hati ! Pada
sesiapa
yang mahu memulakan perhubungan yang serius dengan Libra , anda akan
mudah kecewa kerana Libra sememangnya rakus dan gemar mempunyai lebih
dari
satu pasangan. Betulkah begitu ?
Tetapi , yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan
pasangan di
sampingnya. Kebanyakan Libra yang suka ber'main' cinta ini ,
sebenarnya
berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu . Namun , mereka terlalu
mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak - zodiak yang
lain. Akibatnya, orang berlambang zodiak Libra ini akan mudak
ter'luka'.
Kerjaya dan Kewangan
Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan
atau
kenalannya adalah merupakan ' ahli keluarga' nya. Mungkin inilah
sebabnya
Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan
politik.
Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang
dapat
menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga
Libra
banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain ,
Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.
Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada
kerjaya.
Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu
dihormati
perasaan mereka. Dari segi kewangan , Libra memang berusaha mencari
wang
ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata
-
mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan
menyara
keluarga atau kawan.
Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap
membelanjakan
wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di
samping ,
Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan
perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, "wang senang datang
dan
senang pula pergi".
Keluarga dan Rumah Tangga
Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan
kemas
tetapi agak malas mengemas sendiri . Beban rumah tangga katanya !
Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk
mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari
bunga
dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan
keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak -
anak
melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan
anak -
anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?