!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: Munajat Seorang Arif  (Read 929 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Munajat Seorang Arif
« on: May 22, 2007, 12:20:41 PM »
Tuhanku, aku hamba yang fakir (miskin) di dalam kekayaanku ini, maka bagaimanakah tidak akan merasa kefakiran dalam kefakiranku, (yakni meskipun aku ada memiliki sesuatu apa pun, namun tetap tidak berubah bahawa aku selalu miskin perlu berhajat kepadaMu ya Allah, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang memang nyata miskin dan fakir).

Tuhanku, akulah hamba yang bodoh dalam ilmu pengetahuanku ini, maka bagaimana takkan lebih bodoh lagi dalam hal-hal yang aku masih bodoh tidak mengetahuinya.

Tuhanku, dalam perubahan-perubahan aturanMu, dan cepat tibanya takdirMu, kedua-dua ini telah menahan para hambaMu yang arif untuk tenang dalam pemberian atau patah harapan daripadaMu, kerana bala ujian. Yakni orang-orang arif tidak merasa tenang, senang jika mendapat pemberian kurnia apa saja dariMu, sebab mereka yakin bahawa semua itu akan lenyap dan tidak akan kekal, demikian bila menderita bala ujian, walau bagaimanapun beratnya mereka tidak patah harapan dari rahmat kurniaMu yang akan menggantikan suasana itu dengan sebaliknya.

Tuhanku, daripadaku pasti terjadi apa-apa yang layak dengan sifat kerendahan, kekurangan dan kebodohanku, dan daripadaMu ya Allah pasti akan terbit segala hal yang layak dengan kemuliaan dan kebesaranMu.

Tuhanku, Engkau telah menyebut diriMu dengan sifat belas kasihMu terhadap aku sejak sebelum adanya kelemahan (bentuk)ku ini, apakah kini Engkau tolak diriku ini dari kedua sifatMu itu, setelah nyata adanya kelemahan dan keperluanku.

Tuhanku, juka timbul daripadaku amal kebaikan, maka itu semata-mata kerana kurniaMu Tuhan, dan Engkau yang berhak menuntut padaku, sebaliknya jika terjadi kejahatan daripadaku, maka itu semata-mata kerana keadilanMu, dan Engkau tetap berhak menuntut aku atas kejahatan itu.

Tuhanku, bagaimana Engkau kembalikan padaku untuk mengurusi diriku, padahal Engkau telah menjamin aku, dan bagaimana aku akan hina padahal Engkau yang menolong aku, bagaimana aku akan kecewa padahal Engkau yang kasih padaku.

Tuhanku, inilah aku mendekat padaMu dengan perantara kefakiranku (keperluanku) kepadaMu, dan bagaimana aku akan dapat berperantara kepadaMu, dengan sesuatu yang mustahil akan dapat sampai kepadaMu (yakni tidak ada perantara kepadaMu dengan sesuatu selainMu). Dan bagaimana aku akan menyampaikan kepadaMu hal keadaanku, padahal tidak tersembunyi daripadaMu. Dan bagaimana akan aku jelaskan padaMu halku, sedang kata-kata itu pula daripadaMu dan kembali kepadaMu. Atau begaimana akan kecewa harapanku, padahal telah datang menghadap kepadaMu. Atau begaimana tidak akan menjadi baik keadaanku, sedang ia beradal daripadaMu dan kembali pula kepadaMu.

Tuhanku, alangkah besar lunakMu terhadap diriku, padahal sangat dunguku, dan alangkah besarnya rahmatMu kepadaku, di samping sangat buruknya perbuatanku.

Tuhanku, alangkah dekatMu daripadaku, dan alangkah jauhku daripadaMu.

Tuhanku, alangkah kasihMu kepadaku, maka apakah yang telah menutupi aku daripadaMu.

Tuhanku, aku telah mengerti dengan perubahan-perubahan keadaan dan pergantian-pergantian masa, bahawa tujuanMu daripadaku untuk memperkenalkan kekuasaanMu kepadaku, dalam segala keadaan dan masa, sehingga aku tidak lupa padaMu dalam sesuatu apa pun.

Tuhanku, tiap-tiap kali aku dibungkam (ditutup) mulutku oleh sebab dosa-dosaku, maka terbuka mulutku oleh kerana melihat kemurahanMu yang tak terhingga. Dan tiap-tiap aku berputus asa untuk mendapat rahmatMu kerana sifat-sifat kerendahanku, maka dapat membuka harapanku bila melihat pemberian-pemberian kurniaMu.

Tuhanku, seorang yang dalam semua kebaikannya masih banyak kekurangan (kesalahan), maka bagaimanakah tidak akan menjadi kesalahan-kesalahan itu sebagai dosa. Dan orang yang semua ilmu dan pengetahuannya itu hanya pengakuan belaka, maka bagaimana tidak akan menjadi semua pengakuannya kepalsuan belaka.

Tuhanku, hukum putusanMu yang pasti terlaksana, dan kehendakMu yang memaksa, kedua itu tidak memberi kesempatan bagi orang yang pandai untuk berkata-kata, atau orang yang mempunyai kesaktian untuk melaksanakan kesaktiannya.

Tuhanku, berapa banyak taat yang telah aku lakukan, dan keadaan yang telah aku perbaiki, tiba-tiba harapanku kepadanya digagalkan oleh keadilanMu, bahkan aku telah digeserkan oleh kurniaMu daripada bergantung nasib kepada amal perbuatan lahir batin itu.

Tuhanku, Engkau telah mengetahui meskipun amalm perbuatan taat itu tidak terus menerus dalam praktik, maka tetap terus dalam perasaan cinta dan niatku pada amal perbuatan itu, (maka aku tetap suka dan ingin melakukannya).

Tuhanku, bagaimana aku akan niat padahal Engkaulah yang menentukan, dan bagaimana aku tidak bersungguh-sungguh untuk mengerjakannya, sedang Engkau yang menyuruhnya.

Tuhanku, hilir mudikku (pergi dan kembaliu) pada alam benda ini menyebabkan jauhnya perjalanan, kerana itu dekatkanlah aku kepadaMu dengan sesuatu amal yang dapat segera menyampaikan aku kepadaMu.

Tuhanku, bagaimana dapat dijadikan dalil untuk menunjukkan padaMU, sesuatu yang dalam wujudnya berhajat kepadaMu. Apakah ada sesuatu yang lebih terang daripadaMu, sehingga ia dapat menjelaskan Engkau. Bilakah Engkau ghaib (tidak ada) sehingga diperlukan petunjuk yang dapat menunjukkan padaMu, dan bilakah Engkau jauh sehingga alam ini dapat menyampaikan padaMu (mendekat kepadaMu).

Tuhanku, sungguh buta mata yang tidak dapat melihat pengawasanMu terhadap diriku. Dan sungguh rugu dagangan seorang hamba yang tidak mendapat bahagian dari rasa cinta kepadaMu.

Tuhanku, Engkau menyuruh aku kembali memperhatikan alam benda ini, kerana itu kembalikanlah aku kepadanya dengan diliputi oleh selubung cahaya, dan petunjuk matahati, sehingga aku dapat kembali kepadaMu dari alam ini, sebagaimana ketika masuk ke dalamnya, terpelihara hatiku (perasaanku) dari gangguannya, merasa enggan hati untuk bersandar kepadanya, sungguh Engkau atas segala sesuatu itu Maha Kuasa.

Tuhanku, inilah kehinaanku nyata di depanMu, dan inilah keadaanku tidak tersembunyi padaMu, daripadaMu aku mohon supaya dapat sampai kepadaMu. Dan dengan Engkau aku mencari dalil (petunjuk) kepadaMu. Maka berilah kepadaku hidayah (petunjuk) dengan nur cahayaMu untuk sampai kepadaMu, dan tegakkanlah aku dalam kesungguhan pengabdinaku di hadapanMu.

Tuhanku, ajarkan kepadaku dari ilmu yang langsung dan masih tersembunyi dalam perbendaharaanMu. Dan peliharalah aku dengan rahsia namaMu yang tetap terpelihara.

Tuhanku, berilah kepadaku tingkat hakikat orang-orang muqarrabin (yang dekat padaMu). Dan jalankanlah aku di jalanan orang-orang yang Engkau kasihi, yang tertarik langsung kepadaMu.

Tuhanku, puaskanlah aku dengan aturanMu daripada aturanku sendiri, dan dengan pilihanMu daripada pilihanku sendiri, dan dudukkanlah aku di tempat-tempat keperluanku yang sungguh-sungguh. (Yakni dan ingatkanlah aku pada hajat keperluanku yang sangat kepadaMu, supaya selalu tidak lupa kepadaMu).

Tuhanku, keluarkanlah aku dari kerendahan diriku (nafsuku) dan bersihkanlah aku dari keraguan dan syirik sebelum masuk ke lubang kuburku. Yakni dilepaskan (dibebaskan) dari tawanan hawa nafsu, dan mohon keyakinan yang dapat menghilangkan segala ragu dan syirik.

Tuhanku, Maha suci keredhaanMu itu akan tergantung pada sesuatu sebab daripadaMu, maka bagaimana akan bersebab daripadaku, sedang Engkau zat yang terkaya daripada sampainya sesuatu kemanafaatan dari diriMu sendiri, maka bagaimana akan mungkin memerlukan sesuatu daripadaku, padahal akulah hamba ciptaanMu ya Allah.

Tuhanku, sesungguhnya putusan dan takdir itu telah mengalahkan aku, dan ikatan hawa nafsu syahwat telah menawan diriku, maka jadilah Engkau ya Allah penolongku, sehingga menolong aku melawan hawa nafsu syahwat, dan menolong juga sahabatku terhadap musuh-musuh mereka, dan kayakanlah aku dengan kurniaMu sehingga merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta.

Tuhanku, Engkaulah yang menerangkan (menerbitkan) nur di dalam hati para waliMu, sehingga mereka mengenal padaMu dan mengesakan Engkau, dan Engkau pula yang menghilangkan kotoran dunia dari hati para pencintaMu, sehingga mereka tidak suka pada sesuatu selainMu, dan tidak bersandar kepada lainMu, Engkaulah yang menggembirakan hati mereka ketika mereka merasa jemu dari semua alam, dan Engkau pula ynag memberi hidayah kepada mereka, sehingga terang bagi mereka tanda-tanda jalan kebenaran.

Tuhanku, apakah yang didapat oleh orang yang kehilangan Engkau, dan apakah yang dirasakan kurang oleh orang yang telah mendapatkan Engkau. Sungguh kecewa orang yang puas dengan sesuatu selainMu, dan sungguh rugi orang yang ingin berpindah daripadaMu.

Tuhanku, bagaimana akan diharapkan sesuatu Engkau, padahal Engkau tidak pernah merubah kebiasaan pertolongan/kebaikanMu, dan bagaiamana akan diminta selain Engkau, sedang Engkau tidak pernah merubah kebiasaan memberi kurnia.

Ya Tuhan yang merasakan kepada kekasih-kekasihNya manisnya bermunajat, sehingga mereka selalu tegak berdiri di depanNya bersuka-suka. Ya Tuhan yang memakaikan pada para waliNya pakaian kehebatan sehingga mereka berbangga dengan kemuliaan Allah.

Engkaulah Tuhan yang berzikir sebelum orang-orang yang zikir kepadaMu, dan Engkaulah pula mula-mula memberi bantuan kebaikan sebelum menghadapnya orang-orang ahli ibadah, dan Engkaulah yang pemurah dengan pemberian-pemberian sebelum permintaan orang-orang yang minta, dan Engkaulah yang Maha Memberi, kemudian terhadap apa yang telah Engkau berikan itu Engkau pinjam (untuk dibayar berlipat-lipat ganda).

Tuhanku, dekatkanlah aku kepadaMu dengan rahmatMu supaya segera aku sampai kepadaMu, dan tariklah aku dengan kurniaMu sehingga aku menghadap kepadaMu.

Tuhanku, harapanku tidak putus daripadaMu, meskipun aku telah berbuat dosa maksiat, demikian pula rasa takutku kepadaMu tidak hilang meskipun aku telah berbuat taat.

Tuhanku, alam benda ini telah mendorong aku untuk pergi kepadaMu dan pengetahuanku terhadap kemurahanMu itulah yang memberhentikan aku untuk berdirp di depan pintuMu.

Tuhanku, bagaimana aku akan kecewa padahal Engkaulah harapanku, atau bagaimana aku akan terhina padahal kepadaMulah aku bersandar dan menyerah (berserah diri).

Tuhanku, bagaimana aku akan mulia (berbangga) padahal Engkau telah menempatkan aku dalam kehinaan, tetapi bagaimana aku tidak akan berbangga padahal kepadaMulah aku dikenal (bernisbah) (yakni hamba Allah). Dan bagaimana aku tidak akan miskin, sedang Engkau telah menempatkan aku dalam kemiskinan, tetapi begaimana aku akan miskin padahal Engkau telah mencukupi aku dengan kemurahanMu, (atau padahal dengan kemurahanMu aku telah Engkau kayakan).

Engkaulah Tuhan yang tiada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah mengenalkan diriMu pada tiap-tiap sesuatu, sehingga tiada sesuatu yang tidak mengenal kepadaMu. Dan Engkaulah pula yang mengenalkan diri kepadaku dalam tiap (segala) sesuatu, maka Engkaulah yang zahir (jelas) pada tiap sesuatu.

Ya Tuhan yang tegak (berkuasa) dengan sifat rahmanNya di atas Arasy, sehingga arasy itu lenyap dalam rahmannya Allah, sebagaimana alam-alam yang lain lenyap dalam Arasyullah. Engkaulah yang telah menghapuskan (melenyapkan) alam dengan alam, dan melenyapkan arasy dengan kepungan nur yang meliputinya dari sifat rahmannya Allah.



Amin.

« Last Edit: February 12, 2008, 09:03:58 PM by mutiara_ilahi »
   موتيارا إلهي

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #1 on: May 22, 2007, 12:55:22 PM »
Pening kepala aku itu..... ;D
[IMG]

Offline nakia

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 224
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:October 08, 2007, 01:02:12 PM

  • Activity
    0%
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #2 on: May 22, 2007, 12:59:31 PM »
Menjelma  ??? ??? ???

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #3 on: May 22, 2007, 01:01:39 PM »
kalau nak buat, buat betul- betul, jangan buat-buat...
kalau nak main, main betul-betul, jangan main-main..


layan ajoo looo.....kutip mana bleh kutip...... ;D
   موتيارا إلهي

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #4 on: May 22, 2007, 01:03:11 PM »
dalam istilah Tauhid tak pernah plak ada pakai istilah menjelma....tu yg pening tu

 ;D
[IMG]

Offline mustaqim

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 632
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:December 03, 2011, 03:27:48 PM

  • Activity
    0%
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #5 on: May 22, 2007, 01:04:46 PM »
dalam istilah Tauhid tak pernah plak ada pakai istilah menjelma....tu yg pening tu

 ;D

penadol ada!  ;D
hai .. sorang jer!!

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #6 on: May 22, 2007, 01:08:19 PM »
BILA DIRIMU LETIH DAN HILANG SEMANGAT,
ALLAH TAHU BETAPA KAU TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA..........
BILA TANGISANMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN,
ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU...........
BILA DIRIMU RASA KETINGGALAN DAN MASA MENINGGALKANMU,
ALLAH SENTIASA DI SISIMU...........
BILA DIRIMU TELAH MENCUBA SEGALANYA TETAPI TIDAK TAHU TUJUAN,
ALLAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA..
BILA TIADA YANG BERERTI BUATMU,KELIRU DAN KECEWA,
ALLAH ADALAH JAWAPANNYA...........


boleh faham ker macam niee....... :'(
   موتيارا إلهي

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #7 on: May 22, 2007, 01:11:25 PM »
keluhan & munajat apakah perbezaannya?.....
[IMG]

Offline nakia

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 224
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:October 08, 2007, 01:02:12 PM

  • Activity
    0%
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #8 on: May 22, 2007, 01:21:15 PM »
Serius ni bukan main2..menjelma  ??? ??? ???

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #9 on: May 22, 2007, 01:29:35 PM »
silakan tuan pencerahan....kemusykilan ambe gok nih...
[IMG]

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #10 on: May 22, 2007, 02:21:17 PM »
seorang mukmin itu hidup 'Lillahi taalaa'. Mereka mengangap dugaan sebagai sesuatu permainan, rasa kepuasannya apabila menempuhnya, mengangap kehilangan itu satu rahmat kpd yg hilang(kembali kpd Allah), perjuangan itu satu lagi kegembiraan bersama. Hidup umpama sebuah jalan cerita yg penuh aksi dan mencabar.

JAdi kitalah yg menetukan apakah watak kita dlm hidup ini, sama ada pewira atau penjahat, hero tidak semestinya yg paling kuat, hero adalah mereka yg mempunyai kekuatan yg berada di hati. setiap individu adalah watak utama dlm kisah mereka sendiri, the stories of life..



Ya Tuhan yang telah berdinding di balik pagar kemuliaanNya, sehingga tidak dapat dicapai dengan pandangan mata. Ya Tuhan yang telah menjelma dalam kesempurnaan keindahanNya, sehingga nyatalah bukti kebesaranNya dalam hati dan perasaan. Ya Tuhan, bagaimana Engkau akan bersembunyi padahal Engkaulah yang sangat zahir (terang), dan bagaimana Engkau akan ghaib, padahal Engkaulah pengawas yang tetap hadir. Semoga Allah yang memberi taufik, dan kepadaNyalah aku berharap bantuan pertolongan.

menjelma...kita kena faham laa maksud dia....dia puji sifat atau zat Allah ta'ala..
jangan laa kita fikir tuhan menjelma macam makhluk pulak....isshhhh susah tul laa nak kasi terang niee......... :-\
   موتيارا إلهي

Offline mustaqim

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 632
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:December 03, 2011, 03:27:48 PM

  • Activity
    0%
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #11 on: May 23, 2007, 10:50:58 AM »
Quote
....dia puji sifat atau zat Allah ta'ala..
maksudnya tuan?
hai .. sorang jer!!

Offline nakia

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 224
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:October 08, 2007, 01:02:12 PM

  • Activity
    0%
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #12 on: May 23, 2007, 11:00:42 AM »
Menjelma ??? pelik sangat bunyinya tu

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #13 on: May 23, 2007, 12:09:04 PM »
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, ‘Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?’ Tentu mereka akan menjawab, ‘Allah’. Maka betapakah mereka dapat dipalingkan dari jalan yang benar” (QS Al-Ankabut: 61).

Ma’rifatullah semestinya melahirkan rasa cinta dan ketergantungan kepada Allah. Ma’rifatullah seharusnya memunculkan berbagai macam harapan, kiranya Allah mempertahankan dan menambah semua nikmat dan karunia yang telah Ia berikan.

Ma’rifah kepada Allah dapat kita lakukan dengan cara memikirkan dan menganilisis semua ciptaan Allah di jagat raya ini. Rasulullah Saw. bersabda, “Tafakkaruu fi khalqillaah, walaa tafakkaruu fi dzatillaah.” Pikirkanlah ciptaan-ciptaan Allah, dan jangan pikirkan tentang Dzat Allah. Al-Qur`an banyak mendorong kita untuk mendayagunakan potensi akal kita untuk mengenal Allah.

“Kami telah memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur`an itu adalah benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (QS Fushshilat: 53).

Sementara itu, kebodohan (jahl), kesombongan (takabbur), penyimpangan, dan kezaliman adalah penyakit-penyakit yang dapat menghambat seseorang untuk ma’rifah kepada Allah. Jauhilah sifat-sifat tersebut. Semoga Allah menjernihkan hati dan pikiran kita dan menjauhkan diri kita dari penyakit-penyakit yang dapat menghambat proses ma’rifah kita kepada Allah.

Perhatikanlah! Orang yang ma’rifah kepada Allah meyakini bahwa setiap gerak langkahnya, ucapannya, dan getaran hatinya selalu diawasi oleh Allah, karena Allah Maha Melihat dan Maha Mengawasi. Semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam kelam tak luput dari pengawasan-Nya. Sehelai daun kering yang jatuh dari pohonnya di tengah hutan belantara tak lepas dari perhitungan-Nya. Sebutir debu yang diterbangkan angin di tengah padang pasir yang luas ada dalam kuasa-Nya. Deburan ombak di tengah samudera ada dalam genggaman-Nya.

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Kemudian Dia bersemayam di atas Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan segala apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadannya. Dan Dia besamamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa kamu kerjakan” (QS Al-Hadid: 4).

Dengan keyakinan seperti ini, mereka tidak berani melanggar perintah dan larangan Allah. Mereka tidak berani memakan harta yang bukan miliknya, mereka tidak berani berdusta, dan mereka tidak berani melangkah di luar garis yang telah ditetapkan oleh Allah. Setiap pelanggaran akan ada dosa, dan setiap dosa akan berujung pada siksa api neraka.

"dan beribadatlah kamu kepada Allah, dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu" (An-Nisaa':36)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (An-Nisaa':4)


ini antara ayat yang menunjukkan betapa besarnya dosa syirik itu. Kalau saudara2 rajin, cuba search perkataan syirk di dalam al-quran, betapa banyaknya ayat2 yang menunjukkan Allah sentiasa mengingatkan kita supaya jangan mensyirikkanNya. Susah2 belajar sini sinun, jauh2 tapi jadi ahli syirik, sebab kerana TAK NAK DAN TAK MAHU LANGSUNG BELAJAR UNTUK MENGESAKAN ALLAH DAN MENGELAKKAN SYIRIK, ORANG DAH BAGI HINT, TAPI MASIH LAGI MENOLAK, MASIH LAGI NAK BERHUJAT. TAK NAK AMBIL IKTIBAR, TAK NAK BELAJAR LANGSUNG. NAK MENGENAL ALLAH KONON, TAPI MASIH LAGI MENSYIRIKKANNYA, pastuh bila kita kata dia syirik taknak ambil iktibar. tak paham2 lagi ke.....

addddooooooooooooooiiiii.....akit kepala den..... :'( :'( :'(

Wallahu a’lam bishshawab.
   موتيارا إلهي

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Re: Munajat Seorang Arif
« Reply #14 on: May 23, 2007, 12:17:41 PM »
 
"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allahlah yang melempar, dan untuk mengurniakan orang beriman daripada-Nya dengan pengurniaan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui "
                                                                 (Al-Anfal Ayat 17  ) 

 

cuba fahami dalil niee......ngan munajat seorang ariff..... :'( :'(
   موتيارا إلهي