!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?  (Read 4930 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« on: May 15, 2007, 05:49:09 PM »
Salam untuk semua,

Orang belajar sifat 20.
20 tu banyak dah tu.
Ada pulak orang kata sifat ALLAH itu bukan takat 20 tu aje...
malah lebih bayak lagi... !!!  :o

Ada pulak orang kata kita wajib menTAUHIDkan sifat.
Setahu saya tauhid ni... maksudnya mengESAkan...
Bila dah ESA... bererti tunggal... tidak berbilang2 lagi...

Dah tu macam mana nak mengTAUHIDkan sifat, sedangkan sifat2 tu bebilang2!!!   ???

Pening saya memikirkannya... minta yang arif tolong cerahkan...  :)


Offline sάhάjά

  • Laksamana Pertama
  • *
  • Posts: 2542
  • Karma: +26/-22
  • Last Login:Today at 12:56:30 PM

  • Activity
    1.6%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #1 on: May 16, 2007, 10:39:26 AM »
Tauhid asma' wa sifat.

Mengimani pada sekurangnya 99 asma ul-Husna yang dinyatakan di dalam Qur'an; yang menunjukkan sifat Jalal dan Jamal Nya...
Dan ada ayat2 Qur'an dan hadith yang menyifatkan tentang WajahNya, TanganNya, JariNya, TumitNya... dan beberapa hal seumpamanya; yang kita tidak cuba huraikan langsung.

Wa llahu a'lam.


 8) Si Pincang
Fortiter Fideliter Forsan Feliciter

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #2 on: May 16, 2007, 10:44:18 AM »
Tauhid asma' wa sifat.

Mengimani pada sekurangnya 99 asma ul-Husna yang dinyatakan di dalam Qur'an; yang menunjukkan sifat Jalal dan Jamal Nya...
Dan ada ayat2 Qur'an dan hadith yang menyifatkan tentang WajahNya, TanganNya, JariNya, TumitNya... dan beberapa hal seumpamanya; yang kita tidak cuba huraikan langsung.

Wa llahu a'lam.


 8) Si Pincang
Tidakkah yang saya highlight kat atas tu berbilang-bilang?
Jadi macam mana dikatakan TAUHID, kalau berbilang-bilang?
Itu yang saya nak tahu tu... macam mana nak ESAkan asma' was sifat tu?
 :-\ :(

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #3 on: May 16, 2007, 11:28:30 AM »
Mengesakan/mengisbatkan sifat (Jalal,Jamal,Qahar,kamal)dan asma' hanya pada Allah semata-mata.Mm....
« Last Edit: May 16, 2007, 02:12:02 PM by PenditaGila »
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #4 on: May 16, 2007, 11:39:30 AM »
Mengesakan/mengisbatkan sifat (Jalal,Jamal,Qahar,Qamar)dan asma' hanya pada Allah semata-mata.Mm....
ALLAH nama bagi Zat yang Wajibul Wujud.
Jadi kita nak mengesakan pada nama ALLAH atau pada Zat yang Wajibul Wujud?

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #5 on: May 16, 2007, 01:58:58 PM »
Sebagaimana yang difahami seperti di atas memang sukar nak cerita bagi pemahaman. Walau bagaimana pun cuba fikir tentang apa yang masih tersimpul itu.

Ambil contoh dari sebuah hadis Mutawatir.

Dari Abu Hurairah r.a bahasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Rabb kita turun ke langit dunia pad setiap malam ketika sepertiga malam terakhir.Dia berfirman:Siapa yang berdoa kepada Aku, maka akan Aku kabulkan.Siapa yang meminta kepada Aku,maka akan aku berikan dan siapa yang memohon ampun kepadaKu, maka akan aku ampuni”.

Inilah satu perkataan yg diambil daripadasepotong hadis.Dan inilah satu daripada beberapa hadis yang `Mutashabihat',yakni hadis yg memberi kesamaran dan serba salah berpegang kepadanya kerana jika pegang pada zahirnya,seperti katanya `Tuhan turun ke langit dunia',dengan maknanya pindah daripada satu tempat kepada satu tempat,nescaya jadilah Tuhan itu bertempat dan berpihak.

Maka tiap2 yg bertempat dan berpihak itu,samalah dengan alam ini.Maka apabila dikatakan Tuhan itu serupa dengan alam,nescaya membawa kepada kekurangan dan menafikan ia bersifat `Muqo la fatuhu lil ha wa dith.' Kita mesti menafikan apa yang Dia nafikan tanpa ta’rif (merubah makna) dan ta’thil (mengingkarinya).

Jadi jika ada mengatakan Allah s.w.t mempunyai sifat turun,ia bererti serupa dengan makhluk. Padahal bertentangan dengan ayat: ”Tidak sesuatu pun yang serupa dengan Dia”.(Asy-Syura 11)

Kaedah asma’ was sifat adalah menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam al-quran atau Rasulullah s.a.w dan  dalam hadis yang sahih tanpa menyerupakan sesuatupun dan mensucikan  tanpa mengingkari sifatNya sebagaimana firman Allah s.w.t: ”Tidak sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah maha mendengar dan melihat”.(Asy-Syura 11)
Firman ini merupakan bantahan terhadap golongan Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk. Jalan yang selamat ditempuhi setiap muslim mesti dibangunkan atas dasar ilmu dan kelurusan iktikad (keyakinan aqidah).

Wallahu 'alam bissawab..
« Last Edit: May 16, 2007, 02:01:49 PM by PenditaGila »
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #6 on: May 16, 2007, 02:07:18 PM »
Sebagaimana yang difahami seperti di atas memang sukar nak cerita bagi pemahaman. Walau bagaimana pun cuba fikir tentang apa yang masih tersimpul itu.

Ambil contoh dari sebuah hadis Mutawatir.

Dari Abu Hurairah r.a bahasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Rabb kita turun ke langit dunia pad setiap malam ketika sepertiga malam terakhir.Dia berfirman:Siapa yang berdoa kepada Aku, maka akan Aku kabulkan.Siapa yang meminta kepada Aku,maka akan aku berikan dan siapa yang memohon ampun kepadaKu, maka akan aku ampuni”.

Inilah satu perkataan yg diambil daripadasepotong hadis.Dan inilah satu daripada beberapa hadis yang `Mutashabihat',yakni hadis yg memberi kesamaran dan serba salah berpegang kepadanya kerana jika pegang pada zahirnya,seperti katanya `Tuhan turun ke langit dunia',dengan maknanya pindah daripada satu tempat kepada satu tempat,nescaya jadilah Tuhan itu bertempat dan berpihak.

Maka tiap2 yg bertempat dan berpihak itu,samalah dengan alam ini.Maka apabila dikatakan Tuhan itu serupa dengan alam,nescaya membawa kepada kekurangan dan menafikan ia bersifat `Muqo la fatuhu lil ha wa dith.' Kita mesti menafikan apa yang Dia nafikan tanpa ta’rif (merubah makna) dan ta’thil (mengingkarinya).

Jadi jika ada mengatakan Allah s.w.t mempunyai sifat turun,ia bererti serupa dengan makhluk. Padahal bertentangan dengan ayat: ”Tidak sesuatu pun yang serupa dengan Dia”.(Asy-Syura 11)

Kaedah asma’ was sifat adalah menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam al-quran atau Rasulullah s.a.w dan  dalam hadis yang sahih tanpa menyerupakan sesuatupun dan mensucikan  tanpa mengingkari sifatNya sebagaimana firman Allah s.w.t: ”Tidak sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah maha mendengar dan melihat”.(Asy-Syura 11)Firman ini merupakan bantahan terhadap golongan Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk. Jalan yang selamat ditempuhi setiap muslim mesti dibangunkan atas dasar ilmu dan kelurusan iktikad (keyakinan aqidah).

Wallahu 'alam bissawab..

Itulah yang saya nak tahu...

Bagaimanakah caranya nak mengesakan sifat-sifat ALLAH yang banyak itu supaya sentiasa menetapkan
Quote
apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam al-quran atau Rasulullah s.a.w dan  dalam hadis yang sahih tanpa menyerupakan sesuatupun dan mensucikan  tanpa mengingkari sifatNya sebagaimana firman Allah s.w.t: ”Tidak sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah maha mendengar dan melihat”.(Asy-Syura 11)
Sila cerahkan ya sheikh...  :)

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #7 on: May 16, 2007, 02:15:29 PM »
Cuba semak kitab Tauhid semula, bab tauhidul asma' dan tauhidus sifat.Mm... ::)
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #8 on: May 16, 2007, 02:30:45 PM »
Baca kitab pun, lepas tu kena tanya jugak tuan...  :)
Tak tanya macam mana nak pastikan yang kita faham tu benar atau tidak...
Itu yang saya tanya ni tuan. Sebab saya tak nampak terang lagi bagaimana...  :(

Dikatakan tauhid asma' was sifat...
tapi yang kita nampak asma'nya berbilang2.... sifat pun berbilang2...
Jadi, di mana tauhidnya, tuan?...
Tu yang saya cari tuan...

Silakan ya Syeikh....  :)

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #9 on: May 16, 2007, 03:34:13 PM »
Hati-hati dalam membicarakan tauhid & mentafsir akan asma', af'al, sifat & zat Allah....lebih baik rujuk pada guru yang ahli dalam bidang ini.....pada saya, sifat Tunggal itu terkandung dalam sifat Salbiah dengan maksud TIDAK bukan dengan maksud TIADA....dengan sifat Salbiah ianya menafikan iaitu TIDAK berbilang-bilang akan sifat Tunggal itu.....Sifat Salbiah TIDAK melazimi akan sifat zat.....sedangkan sifat ma'ani itu menunjuk kepada sifat bagi zat, sifat ma'ani terbahagi kepada 7 sifat dan sifat ma'anawiyah pula 7 sifat.  .....dan sifat ma'nawiyah melazimi akan sifat ma'ani.....bagi sifat zat difahami melalui jalan sifat Nafsiah, dan hanya terkandung satu sifat iaitu sifat Wujud.....Wujud Allah itu tidaklah berbilang-bilang, melainkan Tunggal & Esa jua....atas jalan ilmu, jangan samakan sifat Nafsiah dengan sifat Salbiah.....Maha Suci Allah dari berbilang-bilang.....Allahua'lam.
[IMG]

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #10 on: May 16, 2007, 03:35:23 PM »
Mohon dirujuk kepada guru-guru tauhid akan masalah ini.....Allahua'lam.
[IMG]

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #11 on: May 16, 2007, 03:43:32 PM »
Baca kitab pun, lepas tu kena tanya jugak tuan...  :)
Tak tanya macam mana nak pastikan yang kita faham tu benar atau tidak...
Itu yang saya tanya ni tuan. Sebab saya tak nampak terang lagi bagaimana...  :(

Dikatakan tauhid asma' was sifat...
tapi yang kita nampak asma'nya berbilang2.... sifat pun berbilang2...
Jadi, di mana tauhidnya, tuan?...
Tu yang saya cari tuan...

Silakan ya Syeikh....  :)
Kita mesti tanamkan dalam diri sifat dan asma' Allah itu berbeza dan tidak boleh digambarkan,dibayangkan,diungkapkan. Kena faham apa maksud sifat, apa maksud asma'.
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #12 on: May 16, 2007, 03:50:20 PM »
Betul lah begitu...
Zat yang Wajibal Wujud tu ESA.
Tidak berbilang2.. Pendek kata Laisa kamislihi syaiun...

Tapi yang saya tak berapa faham ...
Tauhidul sifat... Iaitu mengESAkan sifat....
Bagaimanakah caranya... sedangkan sifat2 ALLAH itu bebilang2 banyaknya???

Jika kita tuju hujung jatuhnya pada Zat yang ESA...
maka dia balik kepada tauhidul Zat... Bukan tauhidul Sifat...

Jadi bagaimanakah hakikatnya tauhidul asma' was sifat itu...
Ni yg buat saya cari jawabnya ni...

Kalau tuan tahu silalah cerahkan...  :)


Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #13 on: May 16, 2007, 04:03:34 PM »
Konsep tauhidul asma' was sifat mesti mengetahui:

Ta'wil : Memalingkan ayat-ayat dan hadis shohih dari zahirnya ke makna lain yang batil.Seperti istawa ke makna istaula (menguasai).

Ta'thil : Mengingkari sifat-sifat Allah dan meniadakannya, seperti sifat Al-'Uluu bagi Allah diatas langit. Kelompok-kelompok yang sesat berkeyakinan bahawa Allah berada di setiap tempat.

Takyiif : Menanyakan tata cara sifat-sifat Allah. Tata cara sifat-sifat Allah begini dan begitu. Maka sifat Al-'Uluw Allah diatas langit dan Arsy-Nya tidak menyerupai mahluk-Nya dan tidak ada seorangpun yang mengetahuinya kecuali Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa

Tamtsil : Yaitu menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat mahluk-Nya, maka jangan mengatakan turun-Nya Allah ke langit dunia seperti turunnya kita. Tidak diketahui tempat dan dan cara turun-Nya kecuali Allah,

Tafwidh : Yaitu peniadaan penafsiran sifat Allah dan menganggapnya termasuk ayat-ayat mutsyabihat yang diserahkan penafsirannya kepada Allah, tidak ditafsirkannya sifat istiwa ini adalah bentuk peniadaan sifat Allah.
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Bagaimanakah cara mentauhidkan sifat?
« Reply #14 on: May 16, 2007, 04:12:34 PM »
Jadi maksud tuan tauhidul asma' was sifat itu..
Kita mentauhidkan setiap sifat itu secara berasingan?

Kita mentauhidkan sifat wujud...
Kita mentauhidkan sifat qidam..
Kita mentauhidkan sifat baqa' ...
dan seterusnya sampai habis 20 sifat....

Begitu ke? :)
« Last Edit: May 16, 2007, 04:20:59 PM by ibn_ismail »