!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: Tawassul  (Read 1309 times)

0 Members and 2 Guests are viewing this topic.

Offline Puan Seri Serodja

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3818
  • Karma: +0/-1
  • Gender: Female
  • Last Login:Yesterday at 09:19:40 PM

  • Activity
    6.4%
Re: Tawassul
« Reply #75 on: May 17, 2010, 08:37:20 PM »
On second thought...
 
Adik ipar aku kamcing dgn satu cable pintu belakang ni. Orang yg dia maksudkan tu ialah setiausaha sulit kepada sorang menteri kabinet; iaitu kementerian bagi jawatan yang bini aku nak apply ni lah.

Kalau mintak melalui cable ni... macam gerenti dapat lah. Menteri tu tak berurusan pun dgn semua hal-ehwal... banyak penyelewengan kuasa yg kecil-kecilan berlaku hanya dengan mandat kuasa pada setiausaha sulit tu... (Usahkan pula sekadar recommendation utk bini aku, dia tu punya chop saja pun laku projek juta-juta... Setan betul) :devilish:

Tapi adik ipar aku ni pun sial...
Ada ke munasabah dia demand dgn kakak dia (bini aku lah...)...
Kalau bini aku dapat kerja nanti, kena bagi RM50 dari duit gaji setiap bulan... .
Ceh,...Ifrit betul. :ptest:

So, aku cakap dgn bini aku... kita tak payah bersekongkol dgn ifrit dan setan.
Minggu depan kita mintak sendiri dgn gaya orang awam, and don't forget that tawassul.


 :scool: Si Pincang

kadang kadang...faktor tolakan tu sebab ada tarikan di tempat lain

nano

  • Guest
Re: Tawassul
« Reply #76 on: June 05, 2010, 08:43:35 PM »
TAWASSUL HANYA PADA ALLAH S.W.T SAHAJA

Offline diyak

  • Leftenan Muda
  • *
  • Posts: 96
  • Karma: +0/-2
  • Last Login:March 27, 2011, 03:01:31 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #77 on: June 06, 2010, 11:04:12 AM »
tambahan sikit....

nabi besar kita pun pernah menyuruh sahabat baginda iaitu abu bakar al sidiq dan saidina omar al khatab pergi minta doa dengan tabiin iaitu uwais al karni, sedangkan abu bakar dan umar adalah sahabat yg telah diredhoi oleh Allah dan nabi juga pernah mendoakan mereka, tetapi nabi masih lagi menyuruh sahabatnya bila berjumpa dengan uwais al karni mintalah doa dengannya, jadi tawassul ni disuruh oleh nabi besar kita Muhammad S.A.W

wallahualam

Offline diyak

  • Leftenan Muda
  • *
  • Posts: 96
  • Karma: +0/-2
  • Last Login:March 27, 2011, 03:01:31 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #78 on: March 08, 2011, 01:44:52 PM »
ini saye jumpa dalam utusan online.....best ni

Bertawassul dengan makam Nabi SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

PADA minggu ini kita melihat pula perbuatan para sahabat yang bertawassul dengan makam Nabi SAW. Perbuatan mereka ini boleh dijadikan sandaran bahawa ia bukanlah suatu kesalahan dan menjernihkan lagi kefahaman kita tentang tawassul ini.

Berkata al-Imam al-Hafiz al-Darimi di dalam kitabnya al-Sunan, bab kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW selepas kewafatannya: Pada suatu masa, penduduk Madinah ditimpa kemarau yang dahsyat. Maka mereka mengadu kepada Sayyidah Aisyah RA, lalu Sayyidah Aisyah RA berkata, "Perhatikanlah makam Rasulullah SAW. Maka buatlah sebuah tingkap menghadap ke arah langit hingga tiada satu atap yang menghalang di antara maqamnya dengan langit."

Aus ibnu Abdullah berkata: "Maka mereka pun membuat tingkap tersebut. Lalu selepas itu, kami diturunkan hujan hingga rumput-rumput tumbuh dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk, (seolah-olah) badannya pecah kerana banyaknya lemak. Maka tahun itu dinamakan Tahun al-Fatq (binatang gemuk dan berlemak) (Sunan al-Darimi Jld 1, H: 43)."

Inilah yang dinamakan bertawassul dengan makam baginda SAW. Bukan kerana ia adalah kubur semata-mata tetapi kerana di dalamnya disemadikan jasad makhluk yang paling mulia dan kekasih Tuhan semesta alam. Maka ia mendapat kemuliaan kerana berhampiran dengan Baginda SAW dan layaklah ia mendapat kedudukan yang mulia.

Jika dikaji sanad hadis ini maka kita dapati ia tidak mengapa (untuk digunakan). Bahkan di sisi saya, sanadnya adalah amat baik. Ia telah diterima baik oleh ulama dan mereka telah menjadikan sanad seperti ini sebagai pendukung kepada hadis yang lain, bahkan dengan sanad yang mempunyai kriteria yang lebih rendah daripada itu.

Sebahagian ulama berkata bahawa athar ini mauquf (terhenti atau disandarkan) kepada Aisyah, dan beliau adalah seorang sahabat, sedangkan perbuatan sahabat tidak boleh dijadikan sebagai hujah.

Jawapannya ialah, sekalipun bertawassul dengan makam Rasulullah SAW hanyalah lahir daripada idea Aisyah, namun beliau adalah seorang yang terkenal dengan keluasan dan kesaratan ilmunya dan beliau melakukan perbuatan tersebut di Madinah, di tengah-tengah ulama yang terdiri daripada sahabat yang hebat.

Kisah ini sudah cukup bagi kami menjadikan dalil bahawa Sayyidah Aisyah, Ummul Mukminin mengetahui bahawa Rasulullah SAW tetap mengasihi dan memberikan pertolongan kepada umatnya selepas kewafatannya. Orang yang menziarahinya dan memohon syafaat dengannya pasti akan diberikan syafaat sebagaimana yang dilakukan oleh Ummul Mukminin.

Perbuatannya ini tidak termasuk di dalam kategori amalan syirik atau salah satu jalan menuju kesyirikan sebagaimana anggapan salah golongan yang mempermudahkan urusan mengkafirkan dan menyesatkan orang lain. Sesungguhnya Aisyah dan orang yang menyaksikannya bukanlah orang yang buta dan jahil tentang kesyirikan.

Kisah ini membatalkan hujah mereka yang suka mengkafirkan dan menyesatkan golongan yang mengharuskan bertawassul dengan Nabi SAW selepas kewafatannya. Kisah ini telah menegaskan bahawa Nabi SAW tetap mengambil berat dan prihatin tentang keadaan umatnya di dalam maqamnya sekalipun telah wafat. Telah diriwayatkan bahawa Sayyidah 'Aisyah RA pernah berkata:

"Pada suatu ketika, aku masuk ke dalam rumahku yang terdapat makam Rasulullah SAW dan ayahandaku di dalamnya dan aku tidak menutup auratku di situ, dan aku berkata tidak mengapa kerana yang ada hanyalah suami dan ayahandaku.

"Setelah Umar ibn al Khattab dikebumikan di samping makam Rasulullah SAW dan ayahandaku, maka demi Allah aku tidak pernah masuk ke dalamnya melainkan dalam keadaan menutup aurat kerana malu dengan Umar RA." (riwayat Ahmad, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Haithami mengatakan dalam Majma' al-Zawaid bahawa rijalnya sahih).

Aisyah tidak melakukan suatu perkara yang batil. Tetapi dia mengetahui bahawa Nabi SAW dan kedua orang temannya mengetahui siapakah insan yang berada di sisi kubur mereka.

Offline ALLADDIN

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 594
  • Karma: +10/-1
  • Last Login:April 12, 2012, 03:04:24 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #79 on: March 16, 2011, 06:55:10 PM »
salam ..

tawassul hanya boleh pada Nabi Mohammad saja ..
secara zahir dan bathin .. awal dan akhir .. waktu ia hidup atau mati ..
kerana siapa perantaraan Allah ..
ya itu Nabi Mohammas SAW ..

Begitu jugak d'boleh kan bertawassul dengan orang2 alim .. ibu bapa ..
yang hanya waktu ia maseh hidup saja ..
Apabila sudah mati tidak d'benarkan ..

d'peringatkan bertawassul bukan ertikan Ta'asub ..

wassalam
 :scool:

Offline sάhάjά

  • Laksamana Pertama
  • *
  • Posts: 2542
  • Karma: +26/-22
  • Last Login:Today at 12:56:30 PM

  • Activity
    1.6%
Re: Tawassul
« Reply #80 on: March 16, 2011, 07:08:14 PM »
Cuba singkapkan sikit lagi apasal dibolehkan tawassul hanya pada yg masih hidup dalam keterangan di atas:
Sedangkan yg hidup atau mati itu individu yg sama saja; cuma mengalami peralihan alam saja.
Pada konteks apakah yg mensabitkan halal dan haramnya itu?


 :scool: Si Pincang
Fortiter Fideliter Forsan Feliciter

Offline ALLADDIN

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 594
  • Karma: +10/-1
  • Last Login:April 12, 2012, 03:04:24 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #81 on: March 21, 2011, 10:11:55 PM »
salam ..

doa seorang ibu membawa berkat
doa seorang bapa membawa rahmat

maka d'sini lah duduk nya peranan kedua ibubapa
pada mendisplinkan anak nya dengan hukum fiqh atau iman dan islam ..
supaya alam yang mana ia nya bealeh itu terjaga ..

tetapi bila dewasa dalam lingkungan 15 tahun keatas budak itu tidak mampu
untok mempertahankan alam itu d'atas tekanan ujian nafsu itu ..
kerana alam itu tidak mempunyai kekuatan ..

maka anak yang memahami akan hal keadaan itu ..
harus meminta restu doa dari kedua ibubapa nya ..
agar ia nya mendapat ilmu yang sah dan benar ..
yang boleh menolong dia dan ibubapa nya ..

maka d'sini hanya menonton dengan orang alim .. yang d'maksudkan alim billah ..
orang yang arif .. yang mengetahui perjalanan alam roh nabi Mohammad ..
yang dapat menyempurnakan diri nya pada peralihan alam itu ..
dengan mempelari mematikan diri sementara belum mati ..
maka baru lah alam itu ada kekuatan .. yang mana firman Allah ..
"sesunggoh nya sembahyang itu dapat mencegah maksiat dan mungkar "

Cuba singkapkan sikit lagi apasal dibolehkan tawassul hanya pada yg masih hidup dalam keterangan di atas:
Sedangkan yg hidup atau mati itu individu yg sama saja; cuma mengalami peralihan alam saja.
Pada konteks apakah yg mensabitkan halal dan haramnya itu?


 :scool: Si Pincang

menurut dari pegetahuan saudara (bold)
dan mengikut kefahaman saya .. kalau ia sudah beralih alam ..
yang hanya ada hanya mayat saja ..

walhal Allah tuhan yang hidup yang tidak mati ..
wajib pada dia kita sembah dan minta tolong ..
dengan bertawassul pada nabi mohamad saja ..
ya itu syafaat syafaatun hususi ila hadrati nabi mohammad ..

waimmah apa pun orang yang hidup tetap dapat menolong orang yang hidup dan mati ..
wal muslimina wal muslimat .. wal mukminina wal mukminat .. al ahya iminhum wal amwat ..
tetapi orang yang mati tidak dapat menolong orang yang hidup ..

wa tawakaltu alal hayi lazi la yamut ..
dan menyerah diri lah kepada tuhan yang hidup .. yang tak mati
maka patut bagi mukmin mengitikatkan bahawa ia menyerah dirinya pada Allah Ta'ala ada nya .

wasslaam ..
 :scool:

p/s:
yang benar dari Allah dan Rasul ..
yang salah dari saya yang daifa ..