!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: Tawassul  (Read 1309 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Tawassul
« on: May 14, 2007, 07:22:10 PM »
Kebiasaannya tawassul dikaitkan dengan golongan tasawwuf yakni satu golongan manusia yang melalui perjalanan yang berbeza dengan kebanyakan orang dalam pengembaraan mereka menuju Allah SWT.Di harap dapat penerangan dari otai-otai semua.......................... ;D
   موتيارا إلهي

Offline kristal

  • Kedet Kanan
  • *
  • Posts: 211
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:February 16, 2008, 05:57:02 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #1 on: May 14, 2007, 08:01:33 PM »
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a, beliau berkata :

“Rasulullah saw pernah bersabda: “Ada tiga lelaki tergolong di antara orang-orang terdahulu. Pada suatu hari, ketika mereka berjalan di suatu hutan, maka mereka bermalam di suatu gua. Setelah mereka masuk ke dalam gua, tiba-tiba sebuah batu besar jatuh tepat di permukaan gua itu dan menutupinya, sehingga mereka tidak dapat keluar. Kata salah seorang daripada mereka: “Tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu, kecuali jika kamu berdoa kepada Allah dan bertawassul dengan perbuatan baik kamu.

Salah seorang di antara mereka berkata: “Dahulu aku mempunyai ibu bapa yang telah lanjut usia, dan aku tidak pernah makan malam sebelum mereka makan. Pada suatu hari, keduanya sudah tidur ketika aku datang membawa segelas air susu. Aku tidak ingin membangunka mereka. Aku menjaga keduanya semalaman tanpa makan dan minum, dan aku tetap memegang gelas susu itu hingga pagi. Ketika keduanya bangun, barulah kuberikan air susu itu. Ya Allah, jika amalan salihku yang satu itu benar-benar ikhlas untukMu, maka bebaskan kami dari batu besar ini”. Dengan izin Allah, batu itu bergeser sedikit dari mulut gua, tetapi mereka masih belum dapat keluar.

Selanjutnya, orang yang kedua berkata: “Dahulu, anak saudaraku termasuk orang yang paling aku cintai, aku selalu menggodanya, agar ia cinta kepadaku, tetapi ia selalu menolak. Pada suatu ketika, ia datang kepadaku dan minta bantuan wang. Aku ingin membantunya, asalkan ia ingin bercinta denganku. Ia bersetujudengan permintaanku kerana terpaksa. Ketika aku hendak memperkosakannya, maka ia berkata: “Sebenarnya engkau tidak boleh memecahkan keperawananku, kecuali dengan cara yang sah”. Maka aku segera meninggalkannya dan aku tidak minta kembali wangku. Ya Allah, jika Engkau tahu, bahwa perbuatanku itu keranaMu, maka selamatkanlah kami dari batu besar ini”. Dengan izin Allah batu besar itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum dapat keluar.

Selanjutnya orang yang ketiga berkata: “Dahulu aku mempunyai banyak pegawai, aku selalu memberi upah mereka tepat pada waktunya, dan aku tidak pernah merugikan mereka. Pada suatu kali salah seorang pegawaiku meninggalkan tempatku tanpa meminta upahnya. Selanjutnya, upah itu aku kembangkan dan aku belikan binatang ternak serta budak. Setelah beberapa waktu binatang ternak itu berkembang menjadi besar. Sampai pada suatu waktu ia datang kepadaku untuk meminta upahnya. Kataku: “Semua binatang ternak dan budak-budak yang saudara lihat di lembah itu adalah upahmu”. Kata lelaki itu: “Wahai hamba Allah, apakah engkau mempermainkan aku”. Kataku: “Aku tidak mempermainkan kamu”. Maka ia membawa pergi semua binatang ternak dan para budak itu. Ya Allah, jika perbuatanku benar-benar ikhlas keranaMu, maka bebaskanlah kami dari himpitan batu besar ini”.

Maka dengan izin Allah batu besar itu bergerak, sehingga ketiga orang itu dapat keluar dengan selamat.
                                            (Riwayat Bukhari & Muslim, Hadis Hasan Sahih)



Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #2 on: May 15, 2007, 09:11:37 AM »
Istighatsah - Fatwa Syaikh Daud al-Fathani

Ikhwah, kupetik fatwa Syaikh Daud al-Fathani rhm. dari kitabnya "Furu' Masa-il" yang merupakan nukilan fatwa Syaikh Jamaluddin Ahmad ar-Ramli al-Kabir, yakni ayahanda kepada Syaikh Syamsuddin Muhammad ar-Ramli (Imam Ramli) yang turut dimuatkan dalam fatwa anaknya tersebut, lain kali aku postkan fatwa Imam ar-Ramli tersebut. Kata Syaikh Daud pada mukasurat 10 - 11, jilid 1:-
•   (Su-ila r.a) Tiada barang yang jatuh daripada orang yang awam daripada kata mereka itu tatkala kedatangan kesukaran dan kesakitannya "Ya Sayyidi Ya RasulAllah" atau "Syaikh Fulan" dan yang seumpamanya daripada teriak minta tolong dengan anbiya` dan mursalin dan awliya`Ullah ash-sholihin dan ulama, maka adakah harus yang demikian itu atau tiada harus, dan adakah bagi mursalin dan anbiya` dan awliya` dan sholihin dan masyayikh menolong kemudian daripada mati mereka itu, apa yang terlebih rajih pada yang demikian itu ?
•   (Maka dijawabnya) Dengan bahawasanya minta tolong dengan anbiya` dan mursalin dan awliya` dan sholihin HARUS dan adalah bagi mereka itu tempat minta tolong kemudian daripada mati mereka itu kerana mu'jizat anbiya` dan karamah awliya` tiada putus dengan mati mereka itu. Adapun anbiya` maka mereka itu hidup ia di dalam kuburnya, sembahyang mereka itu dan haji mereka itu seperti barang yang datang warid bagi beberapa akhbar dan jadilah menolong itu mu'jizat baginya. Dan adapun syuhada` demikian pula ia hidup di dalam kubur seperti barang yang dilihat dengan nyata datang berperang pula dengan kuffar. Dan adapun awliya` maka iaitu karamah bagi mereka itu. Maka bahawasanya kata Ahlul Haqq bahawasanya jatuh daripada awliya` dengan qasad dan dengan tiada qasad pekerjaan mencarikkan bagi adat dan dilakukan Allah ta`ala dengan sebab mereka itu disampaikan hajat kerana adalah yang demikian itu pekerjaan yang mumkin tiada muhal, maka tiap-tiap ada inilah kelakuannya, maka tanda adalah pekerjaan itu sudah dilihat akan jatuhnya ialah tanda harus seperti yang telah diceritera datang Sungai Nil dengan dijatuhkan surat Sayyidina 'Umar dan ceritera Siti Maryam dan lainnya. Intaha daripada Fatwa Syaikh Ahmad ar-Ramli al-Kabir.
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Tawassul
« Reply #3 on: May 15, 2007, 01:42:11 PM »
Jazakallah Haira Kasira..... ;D
[IMG]

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #4 on: May 15, 2007, 02:01:59 PM »
Khulasah penting fatwa tersebut dapat dirangkaikan seperti berikut:-

1.Istighatsah / Minta Tolong / Teriak Minta Tolong, contohnya "Ya RasulAllah, tolong bantu aku", "Madad Ya Sidi Ahmad" dan sebagainya, hukumnya HARUS, bukan syirik.

2.Tetap dihukumkan harus beristighatsah dengan para nabi, para wali dan sholihin walaupun mereka telah meninggalkan dunia yang fana ini.

3.Mu'jizat para nabi dan karamah para wali tidak putus dengan mati mereka. Jadi tak ada istilah nabi atau wali "pencen" dalam kamus kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

4.Allah ta`ala adalah Pembuat / Pelaku / Fa`il dalam setiap perkara.

Tawassul - fatwa Imam ar-Ramli
Ikhwah, kuperturunkan fatwa Imam ar-Ramli (yakni Imam Syihabuddin Ahmad bin Hamzah ar-Ramli al-Anshari dan diikuti oleh anakandanya Imam Syamsuddin Muhammad ar-Ramli al-Anshari pengarang "Nihayah" yang masyhur). Fatwa ini kupetik dari himpunan fatwa Imam Syamsuddin ar-Ramli yang dicetak di tepi himpunan fatwa Imam Ibnu Hajar al-Haitami yang berjodol "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah". Pada jilid 4, mukasurat 382 - 383 tertulis (kira-kira bererti dengan terjemahan bebas):-
•   (Ditanyai) mengenai apa yang dilakukan orang awam dari ucapan mereka sewaktu kesusahan "Ya Syaikh Fulan", "Ya RasulAllah", dan seumpamanya dari ucapan-ucapan istighatsah dengan para nabi, para rasul, para wali, ulama dan sholihin, maka adakah perkara ini jaiz (harus) atau tidak ? Dan adakah bagi para rasul, para nabi, para wali, sholihin dan masyaikh pertolongan (yakni memberi pertolongan) selepas mereka mati, dan apakah yang rajih pada yang demikian ?
•   (Maka dijawab) Bahawasanya istighatsah dengan para nabi, para rasul, para wali, ulama dan sholihin adalah HARUS. Dan bagi para rasul, para nabi, para wali dan sholihin pertolongan selepas mereka mati kerana bahawasanya mu'jizat para nabi dan karamat para wali tidak putus dengan matinya mereka. Adapun para nabi maka mereka hidup di dalam kubur-kubur mereka, sembahyang mereka dan berhaji mereka seperti yang warid diberitakan dalam beberapa hadis, dan jadilah pertolongan daripada mereka mu'jizat bagi mereka. Para syuhada` juga hidup, disaksikan mereka itu dengan jelas memerangi segala kuffar. Adapun para wali maka ianya adalah karamah bagi mereka. Sesungguhnya Ahlul Haqq berpegang bahawasanya berlakunya karamah para wali dengan niat (sengaja) mereka atau tanpa ada sebarang niat adalah suatu perbuatan yang mencarik adat yang dilakukan oleh Allah ta`ala dengan sebab mereka. Dalil atas harusnya perkara ini berlaku adalah kerana ianya termasuk dalam perkara mumkin, oleh kerana itu tidaklah menjadi mustahil ianya untuk berlaku, maka setiap perkara seperti atas adalah harus untuk berlaku. Antara dalil berlakunya karamah ialah kisah Siti Maryam dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya sebagaimana diceritakan dalam al-Quran; kisah Sayyidina Abu Bakar dengan tetamu-tetamunya sebagaimana tersebut dalam kitab hadis shohih; kisah Sungai Nil banjir dengan sebab surat Sayyidina 'Umar; kisah Sayyidina 'Umar sedang atas mimbar di Madinah dapat melihat tenteranya di Nahawand serta boleh berbicara dengan panglimanya, di sini juga dapat diambil sebagai karamah bahawa tentera tersebut dapat mendengar kata-kata Sayyidina 'Umar sedangkan antara mereka dengan Sayyidina 'Umar jarak perjalanan 2 bulan; kisah Sayyidina Khalid meminum racun tanpa memberi mudarat. Dan telah berlaku berbagai perkara mencarik adat atas tangan para sahabat dan para tabi`in dan orang-orang yang selepas mereka yang tidak mungkin untuk diingkari ketawaturannya yang telah disepakati. Sebagai kesimpulannya, apa yang harus berlaku sebagai mu'jizat untuk nabi, haruslah berlaku sebagai karamah bagi wali. Tiada perbezaan antara keduanya selain daripada at-tahaddi ("mencabar" yakni mu'jizat itu sifatnya mencabar musuh atau melemahkan musuh).

Sebenarnya, JUMHUR ULAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA`AH mengharuskan dan membolehkan bahkan memandang baik amalan bertawassul dan beristighatsah dalam berdoa kepada ALLAH. Cuma segelintir kecil yang menolaknya seperti Ibnu Taimiyyah dan yang sewaktu dengannya.

Wallahu 'alam....


« Last Edit: May 15, 2007, 02:08:59 PM by PenditaGila »
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #5 on: May 15, 2007, 06:03:49 PM »
Dimanakah letaknya kedudukan tawassul dalam "IYYAKANA'BUDU WAIYYAKANASTAIIN"?...

Minta huraikan  :)

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #6 on: May 16, 2007, 02:11:41 PM »
Dimanakah letaknya kedudukan tawassul dalam "IYYAKANA'BUDU WAIYYAKANASTAIIN"?...

Minta huraikan  :)
Saya masih menanti huraiannya....  :(

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Tawassul
« Reply #7 on: May 16, 2007, 03:11:05 PM »
Dalam ayat itu sudah terkandung tawasul....sifat hajat iftiqar kepada sifat kekayaan istighna'....
[IMG]

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #8 on: May 16, 2007, 03:14:51 PM »
Dipersilakan huraikan tuan...
saya bahasa arab ... fail tuan...  ;D

KurmaJalis

  • Guest
Re: Tawassul
« Reply #9 on: May 16, 2007, 03:41:05 PM »
sama la kita..  :'(

saya sampai arab komunikasi dan arab tinggi saja.. tapi yang ingat dua tiga ja.. na'am, kaifahaluka, alhamdulillah ana bikhair, maismuka, ismi nadmin sulaiman, lak, ewahh.... ;D

wassalam.

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: Tawassul
« Reply #10 on: May 16, 2007, 03:47:33 PM »
saya lagi lah curut bahasa arab.....cuma apa yang saya pegang maksud Iftiqar ialah sifat berhajat makhluk kepada Allah dengan 9 sifat dan Istighna' ialah sifat kekayaan Allah dengan 11 sifat.....maka cukuplah akan 20 sifat itu.....setiap tawasul tidak boleh tidak WAJIB terkandung akan sifat 20 .....jadi, ayat "IYYAKANA'BUDU WAIYYAKANASTAIIN" itu adalah tawasul hamba kepada Khaliqnya.....ini pendapat sayalah, kalau pendapat orang lain Allahua'lam.

Silakan otai-otai berikan pencerahan.....
[IMG]

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #11 on: May 16, 2007, 03:52:35 PM »
IYYAKA NA’BUDU WA IYYAKA NAS TA’IIN.

Hanya kepadaMu (Allah) kami mengabdi (menyembah) dan hanya kepada-Mu pula kami minta pertolongan.
 
Adh-Dhahaak dari Ibn Abbas berkata,
"Iyyaka na'budu bermaksud Kepada-Mu kami menyembah mengesakan dan takut dan berharap, wahai Tuhan tidak ada lain-Mu". Dan Iyyaka nasta'in bermaksud "Kami minta tolohg kepada-Mu untuk menjalankan taat dan untuk mencapai semua hajat kepentinganku"

Qatadah berkata,
Dalam Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in, Allah menyuruh supaya tulus ikhlas dalam melakukan ibadat kepada Allah dan supaya benar-benar mengharap bantuan pertolongan Allah dalam segala urusan."
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #12 on: May 16, 2007, 04:00:26 PM »
IYYAKA NA’BUDU WA IYYAKA NAS TA’IIN.

Hanya kepadaMu (Allah) kami mengabdi (menyembah) dan hanya kepada-Mu pula kami minta pertolongan.
 
Adh-Dhahaak dari Ibn Abbas berkata,
"Iyyaka na'budu bermaksud Kepada-Mu kami menyembah mengesakan dan takut dan berharap, wahai Tuhan tidak ada lain-Mu". Dan Iyyaka nasta'in bermaksud "Kami minta tolohg kepada-Mu untuk menjalankan taat dan untuk mencapai semua hajat kepentinganku"

Qatadah berkata,
Dalam Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in, Allah menyuruh supaya tulus ikhlas dalam melakukan ibadat kepada Allah dan supaya benar-benar mengharap bantuan pertolongan Allah dalam segala urusan."
sekiranya amat jelas...
semua kena tulus ikhlas dalam melakukan ibadat kepada Allah dan supaya benar-benar mengharap bantuan pertolongan Allah dalam segala urusan.
Jadi dimanakah tawassul pada ayat itu?

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #13 on: May 16, 2007, 04:06:23 PM »
Pada ayat itu sendiri sebagaimana maksudnya.
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM

  • Activity
    0%
Re: Tawassul
« Reply #14 on: May 16, 2007, 04:16:41 PM »
Pada ayat itu sendiri sebagaimana maksudnya.
Berbalik pada topic tuan...

Dimanakah dibenarkan penyeruan "syeikh pulan"... "wali pulan" dan sebgainya lagi.... dalam ayat  "IYYAKA NA’BUDU WA IYYAKA NAS TA’IIN"

Sedangkan seperti tuan terangkan...

"Allah menyuruh supaya tulus ikhlas dalam melakukan ibadat kepada Allah dan supaya benar-benar mengharap bantuan pertolongan Allah dalam segala urusan."

Silakan tuan...  :)