!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: koleksi cite lawak  (Read 1603 times)

0 Members and 2 Guests are viewing this topic.

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: citer lawak
« Reply #75 on: June 19, 2007, 03:27:30 PM »
Dengar sesuatu cerita hingga tamat... ....Sebelum mencelah !!

Atan sikecil melihat kereta ayahnya melalui taman permainan dan
memasuki suatu belukar. Ingin tahu, dia ikut kereta itu dan lihat Ayahnya dan Mak Cik Junaidah berpelukan mesra.
Atan sikecil mendapati ini suatu berita hangat dan tak sabar merahsiakannya terus berlari balek kerumah memberitahu ibunya,

"Mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah.
Saya pergi dekat dan lihat Ayah betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah........"

Ketika ini Maknya mencelah dan berkata,

"Atan, ini suatu cerita hebat dan panas, apakata simpan dulu untuk dihabiskan masa kita makan malam ini. Mak nak tengok apa reaksi diwajah Ayahmu masa Atan bercerita nanti."

Waktu makan malam, Ibu minta Atan memulakan ceritanya. Atan pun memulakan puisinya !.

"Mak mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah. Saya pergi dekat dan lihat Ayah betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah dan Ayah buat sama macam Mak dan Pak Cik Osman selalu buat bila Ayah masuk hutan masa kerja askar dulu tu."

Si Emak terlopong........Terkadang-kadang kita perlu dan terpaksa mendengar sesuatu cerita hingga habis sebelum mencelah...wallahu alam
no signature

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: citer lawak
« Reply #76 on: June 19, 2007, 03:38:16 PM »
Post subject: Kisah 3 Org Nenek   

--------------------------------------------------------------------------------
 
Ada 3 org nenek kat rumah orang-orang tua , depa ni dok sembang-sembang tentang kenyanyokkan masing-masing.

Nenek 1: aku ni teruk betul lah. kalau aku letak satu barang tu aku dah tak ingat kat mana aku letak..

Nenek2: itu kira ok lah. aku lagi teruk..kalau aku turun naik tangga..then apabila berhenti.. aku tak ingat samada aku turun ke, naik tangga..

Nenek3: apalah hang pa semua ni. aku yang tua dari korang pon tak nyanyok seteruk korang... kah.. kah.. kah.. (ketawa sambil mengetuk-ngetuk meja)

Tiba-tiba nenek 3 yang bangga gila tu terdiam..

Nenek3: oit..sapa pulak yang ketuk pintu tu?
 
no signature

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #77 on: June 20, 2007, 03:54:17 PM »
Nasib seorang doktor   


 
Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.
Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. "Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. "Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. "Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu. "Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...
 
no signature

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #78 on: June 22, 2007, 08:52:31 AM »
Cemburu...    


 
Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lag
 
no signature

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #79 on: June 22, 2007, 08:55:34 AM »
jilbab

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.

Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !

Ibu : APA ?

Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya.Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !

Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah ﷲﺃ. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah ﷲﺃ.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !

Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI... ..

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai

(hehehe, serius tul baca nampak...... ......... ......... ..aku pun terkena jugak...hangin satu badan....... ...haaa.. ....haaaaa? ?!!
no signature

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #80 on: June 26, 2007, 02:38:02 PM »
hahaha....lawak salesman vacuum...    

--------------------------------------------------------------------------------
 
Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya
pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun,
dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.
"Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih
kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang
tertinggal, saya bersedia memakannya," kata jurujual dengan penuh
yakin.
"Kalau begitu," kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami
belum ada eletrik."


no signature

Offline se7en

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3762
  • Karma: +55/-56
  • Last Login:Yesterday at 07:50:20 PM
  • tu7uh

  • Activity
    0.4%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #81 on: July 05, 2007, 05:50:22 PM »
Karangan budak darjah 4
 
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga
mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi
sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api
kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke
pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali
dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan
sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia
melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit ”Adoi!”. Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia
pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat
marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia
melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
itu pecah. Pemandu lori sangat takut
melihat kejadian itu. Dia meminta maaf
dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu
menjerit ”Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak
saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati. Tidak lama kemudian
kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan
orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang
ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati
 "In 1969 I gave up women and alcohol. It was the worst 20 minutes of my life" - George Best

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #82 on: July 06, 2007, 10:17:04 AM »
Jokes for you and me



Q: What is the similarity between men and rats?
A: Both keep searching for new holes.

Q: What is the closest thing similar to a woman's period?
A: Your salary, it comes once a month lasts about 5- days and if it
doesn't come, it means you are in big trouble.

Q: What's the difference between biology and sociology?
A: When the baby looks like his dad or mom, then it is biology. When the
baby looks like the neighbor, then it is sociology.

Q: What's the height of recycling?
A: Sending a sanitary napkin for dry cleaning.

Q: Doctor: You look so weak & exhausted. Are you having 3 meals a day as
I have advised?
A: Lady: Doctor, I thought you said 3 males a day.

Q: Girl friend & boy friend go for a movie. In the dark, a mosquito
enters the girl's skirt. Guess where it would have bitten?!!!!!!!!!!!!
A: The boy friend's hand.

Q: Tarzan and the animals went to the river to take a bath. Tarzan
removed his clothes. All the animals laughed. Tarzan asked "Why"?
A: The animals told him. Your tail is in front".
no signature

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #83 on: July 10, 2007, 11:07:47 AM »
apek sengal

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass

"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia cakap sini ada satu Chimpeng..."

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang la..."

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa?Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng.."

Adoi...bengap punya apek..buat aku pening je..dia a ct ually cari CIMB Bank ..
no signature

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #84 on: July 12, 2007, 12:46:32 PM »
parti


Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub.

"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.

Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."
no signature

Offline ABM

  • Kedet Kanan
  • *
  • Posts: 68
  • Karma: +0/-0
  • Last Login:February 22, 2008, 02:25:39 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #85 on: August 08, 2007, 12:17:50 PM »
Anak Murid Dengan Cikgunya. [/u]  :lol: :lol: :lol:

Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style
telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga
tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".
"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe,saya suka cara cikgu berfikir"

hehehe...
:lol: :lol: :lol:
         
 

Offline nuanza

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1926
  • Karma: +5/-2
  • Gender: Female
  • Last Login:January 02, 2012, 07:50:07 PM

  • Activity
    0%
Re: koleksi cite lawak
« Reply #86 on: August 13, 2007, 12:43:56 PM »
HARIMAU YANG BERIMAN


Alkisah....
Seorang lelaki islam ponteng sembahyang  Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan
untuk memburu ayam hutan. Sedang dia  terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia
berlanggar dengan seekor HARIMAU yang  sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga  senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke
dalam jurang. Dia pula  tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya  patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk
ok. Ada lagi .. Berita  buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya,
sedangkan dia dah tak  boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki  tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng
sembahyang jumaat berjemaah pada  hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan  hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang
memburuku HARIMAU yang beriman ..  tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi  tiba2 terhenti betul2 di hadapan
lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan
santun.

Sambil menadah kedua2 kaki  depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun
berdoa …


"Allahumma barik lana,  fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminnnnn………… "
no signature