!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak  (Read 2572 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline AbnormalHeater

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2166
  • Karma: +97/-69
  • Last Login:December 31, 2011, 03:03:58 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« on: April 23, 2007, 12:00:42 PM »
'Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad dan sebenar-benar Muhammad itu sifat Allah.'

Benarkah iktikad ini menyeleweng dan menyalahi hukum syarak? Sesiapa yang pandai, tolong kupaskan...
Mulut aku, jari aku, tangan aku, komputer aku... aku punya sukalah aku nak kata apa pun! Korang apa pedulik!

Offline sάhάjά

  • Laksamana Pertama
  • *
  • Posts: 2542
  • Karma: +26/-22
  • Last Login:Today at 12:56:30 PM

  • Activity
    1.6%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #1 on: April 23, 2007, 12:33:51 PM »
Muhammad tu bersifat kamil... Allah sempurnakan pernyataanNya pada: sifat, af'al, asma dan zat...

Namun kalau sesiapa sanggup kata "Aku ni nyata Muhammad, Muhammad tu nyata Allah"... petang karang van Bukit Aman datang punggah...
;)

 8) Si Pincang
Fortiter Fideliter Forsan Feliciter

Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #2 on: April 23, 2007, 12:42:27 PM »
Bab kata aku itu sifat Muhammad, tengok pada siapa yang ditilik. Kalau pada makam fana seiring dalam sebuah hadis qudsi yang berbunyi " ....Aku menjadi percakapannya...." Tiada hukum yang dapat ditakrifkan pada mereka yang di dalam makam fana. Tapi kalau dikatakan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada ikatan makam fana itu adalah pendustaan. Hanya kata2 yang mengelirukan dan terpesong daripada hakikat asal.

Maksud kata lughoh umpama sifat Muhammad dan Allah s.w.t itu sama. Walhal Allah s.w.t itu bersalahan dengan sesuatu yang baharu. Tak boleh sama muhadas dengan qadim. Meskipun hakikat Muhammad itu awal kejadian yang memiliki sifat2 kesempurnaan bagi lahiriah Muhammad yang zahir itu.

Apa2 pun bagaimana mereka memahami mengikut tingkatan masing2 dan pembawaan diri individu.Wallahu 'ala bissawab.
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline Puan Seri Serodja

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3818
  • Karma: +0/-1
  • Gender: Female
  • Last Login:Yesterday at 09:19:40 PM

  • Activity
    6.4%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #3 on: April 23, 2007, 12:43:10 PM »
sampai bila ...sampai bila aku hanya sekadar membaca tetapi tidak memahami...

Offline Pak Tam Manjong

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 434
  • Karma: +2/-5
  • Gender: Male
  • Last Login:February 21, 2011, 01:04:17 AM

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #4 on: April 23, 2007, 03:57:41 PM »
sampai bila ...sampai bila aku hanya sekadar membaca tetapi tidak memahami...

Tak pa kaktora pelan-2............tugas kita mencari je seberapa banyak yg boleh, yg nak bagi faham tu urusan DIA...........terpulang lah kat DIA............ :'( :'(
ISLAM PERJUANGAN KU, SYAHID HASRAT KU, KEREDAAN ALLAH MATLAMAT KU

Offline AbnormalHeater

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2166
  • Karma: +97/-69
  • Last Login:December 31, 2011, 03:03:58 PM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #5 on: April 23, 2007, 04:01:00 PM »
sebanyak-banyak mencari dan mengumpul... kemudian, takder masa nak buat saringan... pastu pening... nak cari jalan mudah, terima jer yang mana berkenan di hati... hehehehe... pastu biul ler jawabnya... orang pakai selipar kat kaki, kita pakai selipar kat tengkuk....
Mulut aku, jari aku, tangan aku, komputer aku... aku punya sukalah aku nak kata apa pun! Korang apa pedulik!

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #6 on: April 23, 2007, 04:02:48 PM »
mmuuuaahhhh..hhaaa......ko jangan buat lawak laa AB..... :-*
   موتيارا إلهي

Offline Pak Tam Manjong

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 434
  • Karma: +2/-5
  • Gender: Male
  • Last Login:February 21, 2011, 01:04:17 AM

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #7 on: April 23, 2007, 04:59:16 PM »
sebanyak-banyak mencari dan mengumpul... kemudian, takder masa nak buat saringan... pastu pening... nak cari jalan mudah, terima jer yang mana berkenan di hati... hehehehe... pastu biul ler jawabnya... orang pakai selipar kat kaki, kita pakai selipar kat tengkuk....

Bukan di suruh cari je.............tapi tak beramal.............kena la seiring.............kalau dah tak dapat.........anggap la yg bukan rezeki kita nak belajar ilmu tu...............
ISLAM PERJUANGAN KU, SYAHID HASRAT KU, KEREDAAN ALLAH MATLAMAT KU

Offline sarip dol

  • Leftenan Muda
  • *
  • Posts: 182
  • Karma: +0/-0
  • Gender: Male
  • Last Login:January 02, 2012, 10:57:48 PM

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #8 on: April 23, 2007, 06:58:42 PM »
'Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad dan sebenar-benar Muhammad itu sifat Allah.'

Benarkah iktikad ini menyeleweng dan menyalahi hukum syarak? Sesiapa yang pandai, tolong kupaskan...

tanpa ragu-ragu lagi bahawa kata-kata yang diatas adalah iktiqad menyeleweng dan menyalahi hukum syarak!!

saya bukan dalam golongan orang yang pandai maka sebab itulah saya hanya bagi jawaban tanpa kupasan.

oklah...Sesiapa yang pandai, tolong kupaskan...

Offline sarip dol

  • Leftenan Muda
  • *
  • Posts: 182
  • Karma: +0/-0
  • Gender: Male
  • Last Login:January 02, 2012, 10:57:48 PM

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #9 on: April 23, 2007, 07:36:56 PM »

PenditaGila>>> Bab kata aku itu sifat Muhammad, tengok pada siapa yang ditilik. Kalau pada makam fana seiring dalam sebuah hadis qudsi yang berbunyi " ....Aku menjadi percakapannya...." Tiada hukum yang dapat ditakrifkan pada mereka yang di dalam makam fana. Tapi kalau dikatakan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada ikatan makam fana itu adalah pendustaan. Hanya kata2 yang mengelirukan dan terpesong daripada hakikat asal.

sdr tahu apa maksud makam fana' dan makam baqo' dan keadaan halnya masing-masing? apa hukum jika seseorang yang berada dimakam baqo' secara terang-terang mengucapkan "aku itu sifat Muhammad" atau "Ana alHaq"?? adakah terpesong dari jalan hakikat yang tulen??

PenditaGila>>> Maksud kata lughoh umpama sifat Muhammad dan Allah s.w.t itu sama. Walhal Allah s.w.t itu bersalahan dengan sesuatu yang baharu. Tak boleh sama muhadas dengan qadim. Meskipun hakikat Muhammad itu awal kejadian yang memiliki sifat2 kesempurnaan bagi lahiriah Muhammad yang zahir itu.

sdr dengan jelas menulis sebagaimana yang diatas bahawa tidak boleh sama muhadas dengan qadim, tetapi mengapa pula sdr mengatakan hakikat Muhammad itu memiliki sifat-sifat kesempurnaan pula sedangkan jika sdr menulis demikian maka tidak ternafilah kam munfassil yang telah sepakat ijma' ulama usuludin menolaknya ada berlaku pada sifat Allah swt. tulisan sdr yang diatas itu seolah-olah menyatakan bahawa selain Allah swt yakni makhluk ciptaannya iaitu hakikat Muhammad pun memiliki sifat-sifat kesempurnaan juga.

isu kata-kata yang AB timbulkan diatas sepatutnya dihurai dan dikupas dari sudut peraturan ilmu dan amal dalam lorong tasauf bukannya dari sudut ilmu usuludin.

cuba beri penjelasan yang sewajarnya....

Offline mutiara_ilahi

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2162
  • Karma: +5/-10
  • Gender: Male
  • Last Login:June 08, 2011, 10:49:07 PM

  • Activity
    0%
    • http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #10 on: April 23, 2007, 10:39:11 PM »
'Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad dan sebenar-benar Muhammad itu sifat Allah.'Benarkah iktikad ini menyeleweng dan menyalahi hukum syarak? Sesiapa yang pandai, tolong kupaskan...

apa pula kaitan dengan mengenal diri maka mengenal Allah....
mohon penjelasan dari yang arif.........
   موتيارا إلهي

Offline Pak Tam Manjong

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 434
  • Karma: +2/-5
  • Gender: Male
  • Last Login:February 21, 2011, 01:04:17 AM

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #11 on: April 24, 2007, 08:32:15 AM »
'Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad dan sebenar-benar Muhammad itu sifat Allah.'

Benarkah iktikad ini menyeleweng dan menyalahi hukum syarak? Sesiapa yang pandai, tolong kupaskan...

tanpa ragu-ragu lagi bahawa kata-kata yang diatas adalah iktiqad menyeleweng dan menyalahi hukum syarak!!

saya bukan dalam golongan orang yang pandai maka sebab itulah saya hanya bagi jawaban tanpa kupasan.

oklah...Sesiapa yang pandai, tolong kupaskan...


Betul la tu, PT pun menyokong kata-2 abg sarip yg mmg iktiqad itu menyalahi hukum syarak jika di pandang dari sudut tersebut...................maaf la pt pun tak pandai nak beri kupasan..............
ISLAM PERJUANGAN KU, SYAHID HASRAT KU, KEREDAAN ALLAH MATLAMAT KU

Offline alifmikail

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 913
  • Karma: +34/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:February 22, 2008, 03:38:37 PM
  • ليس كمثله شيئ

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #12 on: April 24, 2007, 08:36:43 AM »
iqtikad tanpa ilmu memang la bersalahan..

tuan PG mohon dikupaskan.. saya setuju dgn kata-kata tuan..



Offline PenditaGila

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1039
  • Karma: +3/-3
  • Last Login:March 01, 2008, 10:47:00 AM
  • MENUNTUT BIARPUN DIGIGI JALANAN

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #13 on: April 24, 2007, 08:39:48 AM »

sdr tahu apa maksud makam fana' dan makam baqo' dan keadaan halnya masing-masing? apa hukum jika seseorang yang berada dimakam baqo' secara terang-terang mengucapkan "aku itu sifat Muhammad" atau "Ana alHaq"?? adakah terpesong dari jalan hakikat yang tulen??

sdr dengan jelas menulis sebagaimana yang diatas bahawa tidak boleh sama muhadas dengan qadim, tetapi mengapa pula sdr mengatakan hakikat Muhammad itu memiliki sifat-sifat kesempurnaan pula sedangkan jika sdr menulis demikian maka tidak ternafilah kam munfassil yang telah sepakat ijma' ulama usuludin menolaknya ada berlaku pada sifat Allah swt. tulisan sdr yang diatas itu seolah-olah menyatakan bahawa selain Allah swt yakni makhluk ciptaannya iaitu hakikat Muhammad pun memiliki sifat-sifat kesempurnaan juga.

isu kata-kata yang AB timbulkan diatas sepatutnya dihurai dan dikupas dari sudut peraturan ilmu dan amal dalam lorong tasauf bukannya dari sudut ilmu usuludin.

cuba beri penjelasan yang sewajarnya....

Pendapatnya.....
Makam baqa adalah selepas melepasi maqam fana.

Fana bererti penguasaan tertumpu kepada Allah sehingga lupa kepada `masiwallah' iaitu ghairullah selain dari Allah. Akal fikiran telah dikuasai oleh perasaan terhadap Allah, maka tatkala itu seolah-olah jasad dikuasai oleh perasaan itu iaitu syuhud. Maka apa yang dibicarakan tentang ketuhanan yang melanggar adat perjalanan si salik itu tidak tertakluk pada hukum syarak. Oleh sebab perasaannya dikuasai terhadap Allah semata-mata,terlepas daripada jatuh hukum terhadapnya. Maka tidak hairanlah kata2 mereka di makam fana itu membawa fitnah bagi orang awam.

Baqa pula makam yang memilui diri seperti keadaan biasa tetapi sentiasa dalam keadaan perasaan hatinya kekal dengan Allah walaupun ia bergaul dengan manusia atau membuat urusan berbicara atau berfikir. Dapat dikatakan kesedaran tentang dua alam iaitu zahir dan batin. Maka dalam keadaan kesedaran yang melepasi makam fana bahawa menyedari hakikat rahsia ketuhanan perlu di jaga tanpa meluahkan kata sewenang-wenangnya kerana boleh menyebabkan fitnah. Dia mengetahui dan sedar. Bergitulah kata2 arif billah Junaid al-baghdadi pada Mansur al-Halaj supaya tidak menyebarkan kata-katanya terhadap umum. Walhal dia telah melaluinya dan mengetahui. Oleh sebab kesedaran,maka ia boleh dikawal. Berbanding makam fana tadi.Sebaliknya fana mengetahui tetapi oleh sebab tumpuan tehadap Allah itu amat peka,lupa kesedarannya tentang fitnah dan lupa selain Allah. Hanya semata-mata Dia.Bila kesedarannya timbul maka terikat dengan kesucian perjalanan kerohanian.Orang yang berada di makam fana sahaja yang mengatakan umpama ’ana al-haq’,”tuhan dalam tubuhku”,dan lain2.Jika kata2 itu terkeluar ketika dimakam baqa maka tidak juga menjadi kesalahan kerana mengetahui hakikat sebenarnya dan melepasi makam fana. Wallahu ’alam bissawab....

Sempurna dalam penjelasan kejadian awal dalam perbandingan sekalian makhluk. Sama sekali tidak kesempurnaan selain Allah tetapi kesempurnaan kejadiannya.Itulah yang maksudkan.

Mmm....perjalanan yang jauh.

Wallahu 'alam bissawab....
SIPENGEMIS HINA,PENCARIAN YANG JAUH...

Offline belagak

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4657
  • Karma: +118/-91
  • Last Login:December 27, 2009, 08:42:58 AM

  • Activity
    0%
Re: Iktikad Yang Menyalahi Hukum Syarak
« Reply #14 on: April 24, 2007, 10:04:06 AM »
'Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad dan sebenar-benar Muhammad itu sifat Allah.'

Benarkah iktikad ini menyeleweng dan menyalahi hukum syarak? Sesiapa yang pandai, tolong kupaskan...

Aku pernah terbaca satu Koleksi...kata2 yg aku pernah baca yg lebih kurang macam diatas....perghhh aku terus kata gila ni.....AB...kalau ko ada lagi koleksi2 camni elok gak kita bentang biar masing2 boleh tahu mana betul mana merapu..atau jadi modal nak tanya guru...
darulsaka.blogspot.com