!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: TUAH DAN JEBAT  (Read 132 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline sepuluh

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1092
  • Karma: +10/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:Yesterday at 08:30:17 PM
  • Topic starter
  • "KERIS BERSARONG"

  • Activity
    2%
    • My Profile
TUAH DAN JEBAT
« on: September 02, 2011, 06:21:20 AM »

TV9 ARMADA TLDM 300408


Perahu som perahu kura,
Kota Gelanggi jajahan takluknya;
SEDIA BERKORBAN dua saudara,
Demi SEMBOYAN di TiMUR RAYA .

Heiii bangsaku
di segenap pelosok jajahan takluk Tuanku
di setiap gelombang SAMUDERA RAYA
ANGKATAN LAUT panah putih menerobos

Heii bangsaku
di sini
putih itu alpha
biru itu bravo

 :scool:

PANJI 10 4: SALAM ALAM

Tengkolok destar sekembang alam
Segalanya bermula di sini
biru dan putih
satu dalam pelbagai

lapan penjuru angin bermata satu
lapan panah angin berbusur satu
lapan lapis alam bertitik satu
kepala sauh bulat ilmu
batang sauh tegak iman
cangkuk sauh dasar amal

lalu
empat panah kecil putih pun
terobos alam semesta alam
ambil hak diri
dari khazanah laut
kurnian-Nya

sesungguhnya benarlah
dari Dia kita datang
kepada Dia kita kembali
Amin.





MALIM AH
Taman Rambai Utama, Melaka.
Jumaat. 0505H. 1 Februari 2008. 23 Muharam 1429.
© Hakcipta Terpelihara Mahadher Abdul Halim 2008



Sumber:
http://muxlim.com/blogs/epolain/panji-10-4-salam-alam/ .


 

Offline Pak Ndak

  • Whatever advice you give, be brief !
  • Skipper
  • Laksamana Pertama
  • *
  • Posts: 2541
  • Karma: +0/-0
  • Gender: Male
  • Last Login:Today at 06:54:53 AM

  • Activity
    5.4%
    • LAMAN UTAMA FORUM HARMONI
Re: TUAH DAN JEBAT
« Reply #1 on: September 02, 2011, 02:48:24 PM »
KD Hang Tuah adalah sebuah frigat yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal ini digunakan sejak tahun 1970-an lagi dan kini masih digunakan dalam perkhidmatan TLDM. Ia dinamakan sempena Hang Tuah, laksamana lagenda Melayu yang perkasa.

Latar belakang

KD Hang Tuah adalah sebuah kapal yang dibina oleh limbungan Yarrow Shipbuilders di Scotstoun di Glasgow. Kapal ini asalnya dibina untuk Tentera Laut Ghana, dan dilengkapi dengan kemudahan penginapan untuk Presiden Kwame Nkrumah dari Ghana. Kapal ini pada asalnya dinamakan Black Star dan sepatutnya digunakan sebagai Kapal Laksamana (flagship) Tentera Laut Ghana.

Selepas Nkrumah digulingkan dalam tahun 1966, kerajaan pengganti membatalkan pesanan untuk kapal ini kerana harganya yang terlalu mahal (£5 juta dalam tahun 1966 bersamaan dengan £60 juta dalam mata wang 2003). Oleh kerana kapal ini tidak disiapkan dengan sepenuhnya, ia dibiarkan di tambatan untuk beberapa tahun sebelum dipindahkan ke Portsmouth dalam bulan April 1972 dan ke Limbungan Chatham untuk dilengkapkan semula supaya menepati piawaian kelengkapan kapal frigat Tentera Laut Diraja British.

Pada 16 Mei 1973, kapal ini ditauliahkan sebagai HMS Mermaid dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British.

HMS Mermaid dihantar untuk bertugas di Timur Jauh kerana kelengkapan persenjataannya yang agak ringan tidak menjadikan ia sesuai untuk penggunaan di Eropah dan dihantar bertugas sebagai kapal pengganti kepada HMS Chichester, kapal pengawal di Hong Kong. HMS Mermaid juga bersedia untuk menghadapi memindahkan rakyat British dari Saigon (Perang Vietnam sedang di penghujung). Dalam perjalanan pulang ke Britain, Mermaid berlanggar dengan kapal penyapu periuk api HMS Fittleton semasa satu latihan NATO mengakibatkan beberapa kematian.

Selepas dilucut tauliah, kapal ini digunakan untuk menjalankan ujian petunjuk sasaran bergerak yang membantu radar mengenal pasti sasaran di antara selerakan yang dihasilkan oleh permukaan laut. Kapal ini dipindahkan kepada perkhidmatan TLDM dalam tahun 1977 dan ditauliahkan sebagai KD Hang Tuah sambil menggunakan nombor pennant F76 yang sama semasa perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja British.

Reka bentuk

KD Hang Tuah diasaskan kepada reka bentuk Type 41/61 Tentera Laut Diraja British tetapi dengan badan kapal dan perkakasan yang diubahsuai untuk kegunaan Ghana. Badan kapal ini cembung sedatar dan serombong kapal ditiruskan menjadi satu serombong sahaja.

Kawasan penginapan kapal ini diperbesarkan dan ditambah untuk kegunaan Presiden Nkrumah sementara persenjataannya pula dimudahkan oleh Tentera Laut Ghana (pembeli asal) untuk menjimatkan kos binaan. Meriam 4 inci dengan laras kembar dipasangkan di hadapan kapal ini menggunakan tapak cagak (mounting) Mk19. Meriam lain yang disediakan adalah 4 pucuk meriam tunggal 40mm antikapal terbang buatan Bofors. Kelengkapan antikapal selam menggunakan Mortar Squid yang dipasangkan di bahagian buritan kapal.

Kapal ini diberikan sonar jenis Type 170 dan Type 176 dan radar jenis Plessey AWS-1 untuk carian udara. Sebuah radar pandu arah juga dilengkapkan. Kapal ini mempunyai berat sesaran standard 2,300 tan, dan kebolehan kelajuan maksima 24 knot. Kapal ini mempunyai 177 orang pegawai dan anak kapal.

Perkhidmatan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia

Dalam bulan April 1977, kapal HMS Mermaid dipindah khidmat kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan ditauliahkan sebagai KD Hang Tuah. Kapal ini menggantikan frigat KD Hang Tuah (F433) (ex-HMS Loch Insh) yang dibersarakan kerana sudah usang. Tentera Laut Diraja Malaysia meneruskan penggunaan nombor pennant F76 yang digunakan oleh HMS Mermaid.

Setelah ditauliahkan, F76 KD Hang Tuah menjadi kapal laksamana TLDM, dan bersama-sama F24 KD Rahmat menjadi aset skuadron kapal frigat TLDM.

Tugasan semasa

Ketika ini (Disember 2006) KD Hang Tuah ditugaskan sebagai satu-satunya kapal di dalam Skuadron Frigat ke-21. Kapal ini digunakan sebagai kapal latihan untuk melatih pegawai-pegawai kadet tentera laut.

- Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hello people...Don't Talk The Talk, Without Walking The Walk, Otherwise You Are Just Throwing Gasoline On Fire.

Offline Puan Seri Serodja

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3818
  • Karma: +0/-1
  • Gender: Female
  • Last Login:Yesterday at 09:19:40 PM

  • Activity
    6.4%
Re: TUAH DAN JEBAT
« Reply #2 on: March 31, 2012, 12:01:24 PM »
teringat masa aku di bawa naik kd..aku pun dah tak ingat..tapi Kepten tu bercerita..yang KD jebat ni tak leh lalu langsung kat perairan melaka..mesti rosak..kalau ikutkan kena ketulahan lah kata orang orang melayu...orang melyu kuat sangat semangat anisma mereka..bat ni pun melayu kan..aku selalu ingat bat ni bangsa lain..tapi melayu kan bat ni..eh tiba tiba ke bat lah pulak... bukan apa..aku kalau aku rindu kat orang tu..nama depa kat posting aku jer lah...pulak tengah dengar lagu p ramlee..jangan tinggal daku ni...he he he...yes bat..i rindu u...oh yer..teringat balik..kd landak kut...disebabkanaku di temani kawan aku yang cantik jelita..menumpang lah aku..di bawa ke beberapa daerah dalam kd tu..tak lah besar mana..tapi tu lah..pengalaman aku masa dolu dolu...yang aku tahu tentang bekas bekas navy ni....kalau tak pandai mencari kerja lepas tu...banyak lah yang bawak teksi...yang aku kenal sorang ni dapat kawin ngan orang kaya..berniagalah lah dia juta juta...aku tak nak lah sebut nama dia di sini..kut pak ndak kenal orangnya..di lumut ajer pun basenyer dulu...besar manalah sangat kan..