!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

Nak bantu hidupkan komuniti kita. Klik sponsor.

Author Topic: Apa jua untuk Sastera  (Read 350 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline BiniSiak

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 272
  • Karma: +1/-1
  • Last Login:March 28, 2012, 08:39:31 AM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Apa jua untuk Sastera
« on: November 04, 2009, 01:39:22 PM »
Mengangkat warisan ke persada dunia

 
Dr. Mohd Anuar Ridhwan

--------------------------------------------------------------------------------
 


PETIKAN pidato penerimaan Anugerah Sastera Negara oleh Sasterawan Negara Ke 10, Datuk Dr. Anwar Ridhwan pada 20 Oktober lalu.

ismillah itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah Khalikulalam,

Berkat Muhammad Sayid Alanam,

Memberi rahmat siang dan malam.

Awal bismillah fakir menyusun,

Di pangkal jalan memohon ampun,

Maklum bahasa tidak tersusun,

Banyak perkara hendak dihimpun.

Majlis permai fakir mengisi,

Kata dan fikir dengan puisi,

Kerana fakir bertugas di institusi,

Yang "melangkah ke hadapan bersama tradisi."

I: Citra Sastera

Sastera itu adab persuratan,

Pelbagai makna serta tafsiran,

Namun bakat serta indah penulisan,

Tentang Tuhan, makhluk-Nya dan pemikiran.

Bakat dan karya ada tanggungjawab,

Berbuat di dunia balasannya di alam baqa,

Diingatkan Allah menjadi khalifah-Nya,

Bantu membimbing umat manusia.

Hindari kutukan kepada penyair sesat,

Dalam Al-Syu'ara telah tersurat,

Yang ditulis benar itulah yang diperbuat,

Takwa itu memandu pena menyurat.

Dengan akal pena menukilkan,

Seperti lidah wajar berperaturan,

Pena yang jujur lebih dimuliakan,

Bukan pedang melibas sembarangan.

Persuratan itu mengandung ilmu,

Juga mendidik tiadalah jemu,

Mutiara kata dapat ditemu,

Yang indah-indah dan merdu turut diramu.

Hamzah Fansuri, Syeikh Ahmad al-Fatani,

Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji,

Karya persuratan padat berisi,

Tanda pujangga seorang insani.

Persuratan tidak mengulang yang lama,

Atau hanya alam dan watak semata,

Fikrah falsafah itu lebihlah mulia,

Disulam keindahan membijaksanakan manusia.

Dibantu ilmu karya terkarang,

Piawai Melayu ini jangan dibuang,

Nyata dan magis silang bersilang,

Ke pentas dunia masuk gelanggang.

Melayu menyediakan atur hukum sastera,

Dalam puisi dan hikayat warisan bangsa,

Ditambah ilmu bantu dan prinsip semasa,

Ciptakan karya bertaraf dunia.

Ibn Tufail, Ibn al-Nafis,

Menyelami dasar falsafah menulis,

Apungkan ilmu madahnya pun majlis,

Keadilan hakiki pencarian penulis.

II: Keprihatinan Sastera Malaysia

Sastera bukan khayali ke dalam diri,

Nasib alam dan ummah diperhati,

Peka akan gejolak yang mengelilingi,

Dicipta persuratan untuk dihayati:

(i)

Asas tamadun sudah bertunas,

Melayu bersyarak kepada nas,

Lenyap kegelapan oleh nur yang bernas,

Hablum min Allah, Hablum min al-nas.

Pusat intelektual bermula di istana,

Lahirkan ulama, pemikir dan pujangga,

Muamalat, munakahat, siasah dijana,

Hukum jinayat, adab, persuratan juga.

Seteguh dahulukah Melayu-Islam kini?

Akidah mencair atas nama hak asasi,

Islam liberal dan sekularisme mencemari,

kepada ad-Din yang benar hendaklah kembali.

Ada yang mencabar hukum syariah

Anggap hukum duniawi lebih indah,

Tidak sempurna bukan sifatnya Allah,

Di atas segalanyalah asma'ilahiyyah.

(ii)

Kita mengenal Suhaif al-Rumi,

Begitu juga Salman al-Farisi,

Beserta dengan Bilal al-Habashi,

Begitu pelbagainya wajah insani.

Allah ciptakan pelbagai bangsa,

Allah hembuskan seribu bahasa,

Untuk berkenalan sesama manusia,

Jangan sampai abaikan hak milik kita.

Semenanjung Melayu ini di Alam Melayu,

Sebab musababnya jelas bagi yang tahu,

Sejak abad ke-VII kembangkan tradisi ilmu,

Kuasai ekonomi Nusantara delapan penjuru.

Majapahit, Sriwijaya, Langkasuka dan Melaka,

Corakkan wajah kebudayaan kita,

Sehingga penjajah membawa tenaga kerja,

Bekerja demi kepentingan ekonomi mereka.

Kini tenaga kerja asing terus penuhi negara,

Pada tempat dan ketika lebih ramai mereka,

Rakyat rasa tak selamat tak rasa bebas merdeka,

Berbuatlah sesuatu agar negara ini tenang semula.

(iii)

Bangsa bermaruah merdeka daripada penjajah,

Kuasa-kuasa Barat dan Timur datang menjarah,

Menghalau mereka tidak sahaja perwira dan orang siasah,

Peranan ulama dan penulis juga diakui sejarah.

Justeru setiap menyambut ulang tahun merdeka,

Kenangilah pengorbanan dan bakti mereka,

Yang benar-benar berjasa tampilkan ke muka,

Berterima kasih pada saat sesuai dan ketika.

Melayu dengan kedaulatan dan ketuanan,

Ihsan memberi taraf kerakyatan,

"Kontrak Sosial" menjadi ikatan,

Diikat kukuhlah jangan rungkaikan.

Maka teguh-kukuhkan perkara yang empat,

Kedudukan Raja-Raja Melayu menjamin daulat,

Islam agama rasmi, Melayu Bahasa Kebangsaan dinobat,

Hak istimewa Melayu dan bumiputera mendapat tempat.

Prihatinlah akan nasib tanah air dan bangsa,

Hubbul watan minal iman peganglah ia,

Berhujahlah Melayu baru dengan akal dan fakta,

Bukan zahirkan rasa dan emosi semata.

Namun bertimbang rasalah kepada taulan,

Pelbagai bangsa jiran dan kenalan,

Pada zamannya Nabi telah tunjukkan,

Islam menjalin indah perpaduan.

(iv)

Melayu itu beradab, berperaturan, berkerajaan,

Di alam Melayu ribuan tahun kekuasaan,

Khalifah Allah segala raja dan sultan,

Patut dibantu orang-orang besar bijaksana lagi budiman.

Jangan sekali-kali bertindak atas hukum rimba,

Matlamat dan cara mesti halal belaka,

Tersurat hukum kanun dan undang-undang mulia,

Pangkal peraturan bagi segala raja-raja dan rakyatnya.

(v)

Pendidikan Melayu itu berliku lorongnya,

Pada zaman penjajah, hanya vernacular kastanya,

Pribumi sengaja ditolak dari bandar dan kotanya,

Sentiasa mengekori pelajar kota yang pantas lariannya.

Terfikir fakir akan nasib bahasanya,

Ratusan tahun melakar wacana,

Tanpa menjadi bahasa ilmu akan ke mana?

Cukuplah jadi bahasa basahan sahaja?

Pada abad XVI Valentin terpesona,

Di sebelah sini bahasa Melayu berkuasa,

Dari timur Parsi hingga ke Kepulauan Filipina,

Kini mesti lebih perkasa di negaranya dan dunia.

Ilmu sekular moden Melayu wajar berhati-hati,

Kerana akhirat itu pasti dihadapi,

Atas ilmu ukhrawi dirikan ilmu duniawi,

Baharulah barakah hingga ke kampung kekal abadi.

(vi)

Asal asali itu Melayu teras jua,

Bangsa besar lagi majoriti jumlahnya

Patutlah teras segala citra budaya,

Entah kenapa kini digerhanakan seri wajahnya.

Budaya itu bersendi adat berpangkal agama,

Tanda bangsa beradab lagi mulia,

Tapi hedonisme tampak dibiarkan merajalela,

Budi bahasa amat ketara lunturnya.

Segalanya bermula darinya rumah,

Mencipta kasih sayang mawaddah war-rahmah,

Tahzibul akhlak tanggungjawab ummah,

Akhiran terpuji husnul khatimah.

(vii)

Persuratan dan bahasa "azwar" yang baik,

Tamsil makhluk dengan yang Khalik,

Perjuangan bahasa bukanlah pelik,

Kuasai yang asing, tak tercicir milik.

Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,

Melalui munsyi bahasa yang berjasa,

Bukan dengan "pandai besi" berbadan sasa,

Bukan dengan "pandai emas" mencanai suasa.

Kuasai bahasa Arab di dalam dada,

Bahasa Barat dan Timur di dalam minda,

"Seribu bahasa kita bicara,

Manakan sama bahasa bonda".

Ke manakah arah bahasa Melayu?

Dipandang rendah tak banyak yang mahu,

Sesekali dipakai miskinnya mutu,

Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.

Alangkah molek bercitra kebangsaan,

Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,

Tercabut rohnya citra pun kehilangan,

Bagaikan tanah ini tidak bertuan.

(viii)

Sebelum mengundur diri fakir rakamkan,

Ucapan "terima kasih" kepada sekalian,

Pengkritik, penterjemah, editor dan panel budiman,

Isteri, anakanda dan menantu pemberi sokongan.

Serta sahabat fakir Cina dan India,

Kadazandusun dan Iban juga,

Dengan bakat, akal, bahasa dan karya,

Perkasakan tamadun bangsa kita,

Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,

Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,

Jutaan ampun atas silap dan salah,

Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.

Wahai segala arif permata,

janganlah apa fakir dikata,

Kalam buruk kertasnya lata,

Menyuratnya tiada ada pelita.

Sudahlah dengan takdir Allah,

Tiadalah dapat lagi disalah,

di Lohmahfuz suratan terjumlah,

Barang yang datang disyukurkanlah.


Offline BiniSiak

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 272
  • Karma: +1/-1
  • Last Login:March 28, 2012, 08:39:31 AM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #1 on: November 04, 2009, 01:47:41 PM »
untu ke website A Samad Said

kalau kita subscribe ...kita akan dapat petikan petikan sajak beliau sekali sekala..

http://wirabukit.com/

Offline BiniSiak

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 272
  • Karma: +1/-1
  • Last Login:March 28, 2012, 08:39:31 AM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #2 on: November 04, 2009, 01:49:39 PM »
Blog Puan Siti Zainon

http://senirupasiti.blogspot.com/

sesekali ada lah terkeluar sajak sajak di sini..

cara penulisan blog yang menggunakan bahasa yang di minta

Offline BiniSiak

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 272
  • Karma: +1/-1
  • Last Login:March 28, 2012, 08:39:31 AM
  • Topic starter

  • Activity
    0%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #3 on: November 04, 2009, 01:51:24 PM »
Prof Emiritus Abdulah Hassan - UPSI

sangat berbudi bahasa

suka menegur kita jika penggunaan bahasa kita yang salah, macam ayah mendidik anak


http://profabdullah1.wordpress.com/

Offline Puan Seri Serodja

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3818
  • Karma: +0/-1
  • Gender: Female
  • Last Login:Yesterday at 09:19:40 PM

  • Activity
    6.4%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #4 on: November 12, 2009, 01:45:12 PM »
Perbincangan mengenai sastera klassik melayu


http://www.goodreads.com/topic/show/198605-cerita-klasik-melayu


kena baca dulu bukunya..baru boleh diskuss..


Offline Seri Dewi Malam

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 737
  • Karma: +3/-9
  • Last Login:May 01, 2011, 02:48:12 PM

  • Activity
    0%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #5 on: December 12, 2009, 08:35:46 AM »
Syed Syeikh Al Hadi

di katakan beliau adalah penulis pertama yang menukarkan penulisan melayu yang klassik yakni dari berbentuk hikayat kepada Novel..

Novel beliau yang paling popular, Faridah Hanum,

petikan di dalam buku beliau yang telah mendatangkan minat saya untuk mencari buku Hikayat Faridah Hanum, yang berbau emansipasi wanita.

Suka benar saya ada  petikan dari Novel Faridah Hanum yang mengingatkan perempuan yang sudah berkahwin untuk menjaga diri sebelum tua. Yakni mantopkan ekonominya juga dan jangan berharap pada kasih sayang suami 100 peratus.  Ingatan ini sudah di war warkan dulu kala lagi, sebelum ayah dan ibu kita di lahirkan di dunia.

Ingatan bahawa suami yang menzalimi diri mereka yakni melanggar perintah tuhan tidak perlu di ikut kehendak hatinya...

WOW..."


Offline Seri Dewi Malam

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 737
  • Karma: +3/-9
  • Last Login:May 01, 2011, 02:48:12 PM

  • Activity
    0%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #6 on: February 20, 2010, 12:59:02 PM »
Source : A Samad Said, Wira Bukit
 
Mendengar Ombak Di Pantai Qalbu
Posted: 17 Feb 2010 08:51 PM PST
SAYA memanglah seorang pembaca buku yang lambat. Kurang tepat—saya adalah pengunyah buku yang lumat—atau mungkin, lebih tepat: saya adalah peleka buku sepenuh nikmat.

Benar, saya bukanlah pembaca yang pelari. Bukan kerana saya tidak ingin cepat tiba ke akhir buku, tapi lebih kerana saya ingin lama bersapa—dan mendakap—setiap kata yang berlinang nikmat.

Kata-kata adalah kerdip fikir dan bisik tafsir; kata-kata juga adalah titian seni ke ilmu murni. Makanya, mengapa harus gopoh berlari, meninggal atau tertinggal pesan yang sakti? Mengapa tidak cuba sabar dan tekun berhenti, khusyuk meneliti, daripada hanya melihat (atau terlihat) imbas pepohon, kabus jendela atau kelibat insan!
Ketika membaca, saya ingin benar menikmati permata ilmu, dan lebih bermakna, jika saya dapat juga mendengar debur ombak di pantai qalbu. Juga, mendengar senandung alam semesta.

Selalunya, serentak saya mengunyah tiga empat buku (ia boleh suara Tariq Ramadan atau telahan J. Esposito; ia juga boleh bentak Ravi Batra atau deklamasi Rendra). Saya menikmati setiap yang dilihat, mendengar getar irama kekata, menekuni degup qalbu syahdu berseru, juga belajar menggali falsafi baru.

Buku yang baik—tua dipandang, muda disayang. Setiap halamannya adalah pepintu baru, penyegar bijak, pendidik luhur, pendekat matlamat. Buku itu pengalaman. Jika berduka isi, ia sepantun lelaki sedu atau wanita pilu. Jika bergelora isi, ia adalah pelaut di gelombang atau pendaki di puncak suram.

Begitulah sesedikitnya—kalau benarlah sedikit—jasa buku terpilih. Ia lambat dibaca, tapi amat bergema gaungnya. Dan dalam khusyuk tertentu buku menyemai mimpi yang dahsyat, menuai celek yang nikmat.

Cuma, elakkanlah musim jemu—seperti dijauhkan saya dari pengkhianat, buku tebal yang tipis. Sebaiknya, curahilah saya halaman nan wangi—seperti dekatkan saya kepada adegan terindah, buku yang tipis tapi yang sasa.

Makanya, temukan saya khazanah Usman; pimpin saya ke rubaiyat Khayam; dekatkan saya ke api Rumi; syahdui saya ke ayat suci. Dan jangan lupa, jauhkan saya dari kuasawan licik, niagawan berpeta dan bangsawan pelupa!

Begitulah ragam saya membaca. Berbisik yang lambat, mengunyah yang lumat.


siapa kata bahasa melayu tidak indah...SeriDewiMalam..kalau tak rasa lelehan berahi bahasa yang meruntuni nafsu rindu...tak tahu lah nak kata..

Offline Puan Seri Serodja

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3818
  • Karma: +0/-1
  • Gender: Female
  • Last Login:Yesterday at 09:19:40 PM

  • Activity
    6.4%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #7 on: October 23, 2010, 01:53:30 PM »
Sesiapa yang berminat untuk mencuba bakat...

Mari datang ke perpustakaan negara...hari ini dan esok

masih boleh mendaftar

kalau tengok kat banner...30 jam mendeklemasikan  sajak

nak meraung aku pun ada..

ni ada sedikit sketsa pada peristiwa hari ini..dah tiga jam aku ada kat dalam library ni dah tak tahan..

Aku : kak berapa lama yek mendeklamiskan sajak ni ye kan..

Kakak : kenapa adik nak register ke , masih boleh register lagi dik...sampai esok dik...meriah kan ?

Aku : Tapi kak..ini perpustakaan...

Kakak : Yelah..perpustakaan lah

Aku : saya nak tanya..boleh ke suruh dia orang deklamasi sajak tak payah pakai speaker, saya lusa nak peksa kak..terganggu nyer saya..kak...dah lah lari dari rumah nak belajar di library..tapi kak..library ni lagi bising dari rumah...

Kakak : diam terus..dan tenung jer aku

Aku : ...terus belah...

Offline Puan Seri Serodja

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3818
  • Karma: +0/-1
  • Gender: Female
  • Last Login:Yesterday at 09:19:40 PM

  • Activity
    6.4%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #8 on: February 21, 2011, 12:36:15 PM »
website untuk kalian yang ingin membaca juga menyumbang puisi , cerpen anda disini


http://1puisi.co.cc/

Offline warisanjiwa

  • Leftenan Madya
  • *
  • Posts: 444
  • Karma: +5/-6
  • Last Login:July 04, 2011, 01:03:25 AM

  • Activity
    0%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #9 on: February 21, 2011, 01:57:40 PM »
 :thumbsup: :ppup: :thumbsup:sukanya....  rasa mcm dah kembali ke zaman penulisan... dh lama tinggal.....
"Sebagai seorang manusia........aku sayang padamu".

Offline Puan Seri Serodja

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3818
  • Karma: +0/-1
  • Gender: Female
  • Last Login:Yesterday at 09:19:40 PM

  • Activity
    6.4%
Re: Apa jua untuk Sastera
« Reply #10 on: March 31, 2012, 12:19:53 PM »
aku tengok master pjj...ada Master dalam  Bahasa Melayu

macam aku yang takat ada STPM untuk Bahasa Melayu..rasanya..kena ambik Bahasa Melayu, Linguistik pada semester 1...aku suka sangat kat bahasa sastera ini...estetik...