!!

JOM DAFTAR

Kepada pelawat yang dihormati. Dimaklumkan bahawa Forum diskusi ini ditutup untuk pelawat buat seketika.

Pelawat adalah disaran mendaftar bagi membolehkan pengaksesan forum sepenuhnya.  Untuk mendaftar sila e-mel ke dahalan@harmoni-my.org dan nyatakan user id dan pwd.

Pelawat hanya boleh melihat kategori dan tajuk topik sahaja.

JOM DAFTAR.

Oh ya...kalau nak 'donate' sila ke http://harmoni-my.org dan klik aje iklan dari nuffnang tu.....klik kat nuffnang bawah ni pun okay....Pak Ndak

CARI POSKOD



Author Topic: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA  (Read 7873 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline TåµjïhåT_åkåL

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1410
  • Karma: +0/-2
  • Gender: Male
  • Last Login:February 09, 2010, 03:52:46 PM

  • Activity
    0%
ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« on: January 13, 2008, 11:32:24 PM »
sumber:-

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim

 Kategori : Akidah 
Tajuk :
Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-haqqani

 
 
 Keputusan
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah
pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

-----------------------------------------------
 Kategori : Akidah 
Tajuk :
Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya

 
 
 Keputusan
Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tarekat ini adalah sesat.

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-3
Tarikh Keputusan : 15 November 1981
Tarikh Muzakarah : 15 November 1981 hingga 16 November 1981
---------------------------------------------


Kategori : Akidah 
Tajuk :
Amalan Suluk(bertapa) & Rabitah(menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah
Huraian :
Amalan Suluk(Bertapa) & Rabitah(Menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah Pimpinan Tuan Haji Ishak Bin Mohd @Chr(39)@Arif, Kampung Bengkeng, Dong Raub, Pahang

 
 
 Keputusan
"Amalan suluk dan rabitah dalam tariqat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd 'Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam ".
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-29 
Tarikh Keputusan : 19 Feb 1992

---------------------------------------------------------------------

 Kategori : Akidah 
Tajuk :
Tarekat Mufarridiah

 
 
 Keputusan
Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan
orang-orang yang terlibat dengan ajaran ini hendaklah bertaubat
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-18 
Tarikh Keputusan : 14 Mei 1980

----------------------------------------------

 Kategori : Akidah 
Tajuk :
Penyelewengan Qadiani / Ahmadiah

 
 
 Keputusan
Puak Qadiani /Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menerima hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-8 
Tarikh Keputusan : 24 September 1984
Tarikh Muzakarah : 24 September 1984 hingga 25 September 1984

Wahai jiwa jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya...[89:27-28]

Offline TåµjïhåT_åkåL

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1410
  • Karma: +0/-2
  • Gender: Male
  • Last Login:February 09, 2010, 03:52:46 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #1 on: January 13, 2008, 11:35:45 PM »
Sheikh Nazim den raso adalah antara ulama tersohor.. mohon pencerahan ...  :yesnod: :vork:

Wahai jiwa jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya...[89:27-28]

Offline belagak

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4657
  • Karma: +118/-91
  • Last Login:December 27, 2009, 08:42:58 AM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #2 on: January 14, 2008, 12:26:38 PM »
Kalau ikut ketaksuban pengikut ( Syeikh Muhammad Nazim ) seperti dalam thread CVT lepas...memang patut diharamkan pun...pada den eloklah dari segi masalah kemashlahatan UMUM  :mad2:
darulsaka.blogspot.com

Offline TåµjïhåT_åkåL

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1410
  • Karma: +0/-2
  • Gender: Male
  • Last Login:February 09, 2010, 03:52:46 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #3 on: March 26, 2008, 11:31:45 PM »
Dipetik dari http://heliconia.wordpress.com/2007/04/12/jakimsemuanya-sesat-tak-termasuk-yg-sah-sesat/

JAKIM : Tarikat Naqsyabandi Haqqani turut SESAT..



Sheikh Hisham Kabbani bersama YM Raja Ashman Shah Raja Azlan. JAKIM telah menuduh mereka SESAT.

———————————————————————————–

 [YM Raja Ashman Sultan Azlan Shah, is the Khalifah of the Tariqat Naqsyabandi Malaysia and I have had the pleasure of making my acquaintance of the prince during the Thursday night Majlis Dhikrs that I have attended in Penang before.YM Tengku Bahaudeen of the Negri Sembilan Royalty also frequents the majlis every now and then. The late elder sister of Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn was also a mureed of the Tariqat and I did meet her once before.]  Mahaguru58 Blogspot July 1, 2006

Link : Berdakwah di Hollywood ‘Berita Harian’ Reports on Singapore Visit of Shaykh Hisham Kabbani

Link : Dalam berita ini pula, dilaporkan Malaysia mungkin mengambil tindakan ke atas Sheikh Hisham Kabbani yg didakwa telah membuat kenyataan bahawa seorang bekas Menteri Malaysia menderma sejumlah dana yang besar kepada pergerakan terrorist-’Islam’ di Amerika. Sheikh ada menyatakan derma itu, tetapi bukan kepada mana2 pergerakan terrorist. The Shaykh Kabbani saga continues – legal action being considered

——————————————————————————–

KEPUTUSAN FATWA MUZAKARAH JAW. MAJLIS KEBANGSAAN  BAGI HAL EHWAL ISLAM 3 APRIL 2000

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan-kategori.asp

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48

 Tarikh Keputusan : 3 April 2000Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

——————————————————————————

DI BAWAH INI PULA ADALAH PETIKAN SATU LAMAN WEB YANG PRO JAKIM DAN MEMBENCI KAUM SUFI.

Senarai Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani :-

1) Kekuatan wali.

BERIKUT adalah petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah [ yang mengulas kematian Almarhumah Hanim Hussein ]

“Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.

Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang.

Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.

Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”

 MESEJ TAKZIAH PEMERGIAN HAJJAH HANIM HUSSEIN ONN KERAHMATULLAH PADA 17 SEPTEMBER 2005 OLEH SHEIKH HISHAM KABBANI.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon
To Allah we belong and to Him do we return

As-salaam `alaykum,

It is with deepest sorrow and a broken heart that I, Shaykh Hisham
Kabbani, on behalf of Shaykh Nazim al-Haqqani, and all mureeds of the
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order, sends heartfelt and sincere
condolences to the family of  Mrs. Hanim Hussein Onn, in particular to
her brother Dato’ Hishamuddin Tun Hussein Onn, Minister of Education
of Malaysia, to her cousin, the Deputy Prime Minister of Malaysia,
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, and to her husband Dato’ Ghazi
Ishak, her sons Rizal, Hafiz, Ridzuan, mother, auntie, auntie’s
brother, cousins and all other members of her family.

Mrs. Hanim Hussein Onn passed away yesterday after lengthy struggle
against illness. She was a dedicated mureed and she did her best,
together with her family, in supporting goodness against evil.

The Naqshbandi disciples of Shaykh Nazim al-Haqqani will consider the
day of Saturday, as a day of mourning. Everyone will pray Salat al-
Janaza `ala al-ghaibeen in their respective countries.

We request that all students recite the whole Qur’an and Surat al-Fatiha on
behalf of Tun Hanim.

Again, on behalf of Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani, myself, Shaykh
Hisham Kabbani, and on behalf of all the Naqshbandi-Haqqani mureeds
I send our deepest condolences to the family of Tun Hanim, especially
to her brother, the Minister of Education, her cousin, the Deputy
Prime Minister, her husband, children, mother and relations.

 was-salaat was-salaam `ala Sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa
sahbihi wa sallam 

Signed, Shaikh Muhammad Hisham Kabbani : 18 September 2005


shahdah_86.jpg

2-  Kuasa Mutlak Khalifah

“Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa yang dimahu…Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh masyaikh rantaian keemasan…Kemulian Imam Mahdi?  ialah dia adalah seorang khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah tentukan…”

3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb

Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala hilaluyul azim Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul amri minkum

Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa yang ta’at kepada Rasul (saw), dia ta’at kepada Allah. Setiap keadaan/saat adalah keadaan/saat yang baru dan setiap sessi adalah sessi yang baru. Keadaan/saat hanyalah sekadar keadaan/saat, tetapi apabila keadaan/saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang lepas, waktu sekarang dan waktu yang akan datang.

Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – waktu lampau, waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zone waktu. Waktu sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari. Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang.

Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, masa atau waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping roti sehari sehaja.

 sheikh-hisham-nazim.jpg

L : As Sayyid Maulana Syeikh Muhammad Hisham Kabbani, R : As Sayyid Maulana Sheikh Muhammad Nadhim Adil Al Qubrisi Al Haqqani

 

http://www.sufilive.com/

Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah berkerja keras. Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun apabila beliau mulai suluk. Amalan yang dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir. Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut sentiasa mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu bukanlah sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada di “waktu sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita dan pasti kita akan menjumpai “rumah” kita.

Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi kerohanian yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita akan jumpa “rumah” kita. Di dalam qalb manusia terletaknya “rumah” Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam diri kita. Ia terdapat dalam diri kita.

Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb), kesemuanya ini terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak mudah di nodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebaigainya. Mereka dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah di dalam segala bentuk keadaan.

Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang yang sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut.

Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi dahulu daripada berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian seperti ombak di lautan atau gauman harimau. Jadilah seperti ikan di dalam lautan

Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana Sheikh Nazim (qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-nota Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah cadangan saya.

Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah kepada roh yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan habis, ianya suci dan bersih.

Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala kebaikan pada malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada malam ini. Beliau gembira di mana beliau berada sekarang.

Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan dunia ini. Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim (qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah

4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur )

Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara. Dari kiri maqam Sheikh Muhammad Baha’uddin Shah Naqshband, Sheikh Muhammad Baba as-Samasi, Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.



« Last Edit: March 26, 2008, 11:40:03 PM by TåµjïhåT_åkåL »

Wahai jiwa jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya...[89:27-28]

Offline ***abg comei***

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4993
  • Karma: +24/-8
  • Gender: Male
  • Last Login:June 09, 2011, 12:43:13 PM
  • Allahuakbar!!....

  • Activity
    0%
    • "Pencarian Ilmu Satu Perjuangan"
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #4 on: March 26, 2008, 11:55:12 PM »
Allahua'lam bissawab .....
[IMG]

Offline AbnormalHeater

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2166
  • Karma: +97/-69
  • Last Login:December 31, 2011, 03:03:58 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #5 on: March 27, 2008, 07:56:59 AM »
Mereka yang memegang kuasa fatwa itu jauh mengetahuinya berbanding kita...
Mulut aku, jari aku, tangan aku, komputer aku... aku punya sukalah aku nak kata apa pun! Korang apa pedulik!

Offline alief

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3136
  • Karma: +28/-34
  • Last Login:June 12, 2014, 02:40:51 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #6 on: March 27, 2008, 12:10:48 PM »

dah terkeluar dari syariat, maka telah tentu la masuk pula Thorikat, tak ke gitu...apa pula haramnya..?
 
selagi berpegang pada prinsip rukun yang 5 dan bertunjangkan pada rukun yang 6, masakan mahu menyahkan saudara sendiri..?

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Offline TåµjïhåT_åkåL

  • Leftenan Komander
  • *
  • Posts: 1410
  • Karma: +0/-2
  • Gender: Male
  • Last Login:February 09, 2010, 03:52:46 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #7 on: March 27, 2008, 12:47:01 PM »
bijak alief berkata kata  :ppup:

Wahai jiwa jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya...[89:27-28]

Offline alief

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 3136
  • Karma: +28/-34
  • Last Login:June 12, 2014, 02:40:51 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #8 on: March 27, 2008, 04:51:55 PM »



Ni apa kes sampai nak sekat manusia untuk mendekatkan diri pada ALLAH, kenapa khuatir rakyat lebih bijak dari diorang ke, atau khuatir rakyat protes setiap fatwa yang dibuat oleh mereka…?

Dalam pengajian dan undang-undang syariat pun belum begitu padu diperjuangkan / diperkukuhkan dalam institusi mereka, masakan mau halang jika rakyat mahu lebih dari itu…?

Ini belum buka pekong pasai yang murtad terang-terang lagi, yang dah isi borang untuk keluar pun ramai dok stanby. Kenapa yang itu tak disekat dahulu….? Dah sah terang nyata memang sesat, hok yang masih berpagang pada prinsip rukun yang 5 ni pula do p ngonyeh.

Suka hati je cakap saudara seagama ni sesat la, ajaran tak betul la…. Jika ya kenapa tak wujudkan institusi / tempat pengajian yang boleh orang ramai pergi belajar..? kalau yang ada pun banyak yang berunsurkan keuntungan semata, politik juga, pangkat atau pengaruh, maka charge pengajian tu tak payah cakap la….ni belum masuk silibus / kitab yang diajar lagi…balik-balik basic rukun-rukun yang dipelajari kat sekolah rendah kebangsaan..[ops ambe je sekolah menengah sbb tak sek keb].
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Offline mat c-put

  • Leftenan
  • *
  • Posts: 928
  • Karma: +3/-2
  • Gender: Male
  • Last Login:January 03, 2012, 06:16:20 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #9 on: March 27, 2008, 05:03:55 PM »
kalau ikut kehendak kerajaan BN sekarang.......Islam Hadari je yg agaknya tak sesat.........so kalu ko ada mengamal islam bukan hadari......paham2 je le....he he .......  :ppup:  :devilish:  :ihih:

Offline ibn_ismail

  • Komander
  • *
  • Posts: 1526
  • Karma: +16/-3
  • Gender: Male
  • Last Login:April 04, 2011, 11:25:34 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #10 on: March 29, 2008, 08:21:29 AM »

kalau kita dapat jawab soalan mereka kesemuanya tak lari dari ASWJ....
ahli2 fatwa tu pun angkat tangan...

 

Offline adi

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4536
  • Karma: +138/-70
  • Gender: Male
  • Last Login:May 30, 2013, 03:41:18 PM
  • لا تخف ولا تحزن إن الله معنا

  • Activity
    0%
    • http://tasliium.blogspot.com
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #11 on: March 29, 2008, 10:14:01 AM »
Ajaran sesat terbesar dan halal di Malaysia ialah Islam Hadhari....  :devilish: :devilish:

Offline AbnormalHeater

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2166
  • Karma: +97/-69
  • Last Login:December 31, 2011, 03:03:58 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #12 on: March 29, 2008, 10:20:45 AM »
Silap tuh... ajaran sesat paling besar dan paling halal kat Malaysia ni adalah agama dalam politik!
Mulut aku, jari aku, tangan aku, komputer aku... aku punya sukalah aku nak kata apa pun! Korang apa pedulik!

Offline adi

  • Laksamana Muda
  • *
  • Posts: 4536
  • Karma: +138/-70
  • Gender: Male
  • Last Login:May 30, 2013, 03:41:18 PM
  • لا تخف ولا تحزن إن الله معنا

  • Activity
    0%
    • http://tasliium.blogspot.com
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #13 on: March 29, 2008, 10:24:19 AM »
Botul la tu, Islam hadhari dicipta untuk survival politik umno, bilo dah banyak tak ikut al-quran, nak cover balik, buat la islam hadhari.

Offline AbnormalHeater

  • Kepten
  • *
  • Posts: 2166
  • Karma: +97/-69
  • Last Login:December 31, 2011, 03:03:58 PM

  • Activity
    0%
Re: ANTARA TAREKAT YG DAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA MALAYSIA
« Reply #14 on: March 29, 2008, 10:26:06 AM »
sama macam PAS gak... dihukumkan kafir pada golongan UMNO yang kata agama suku, politik suku... tu sebab dalam ceramah politik diorang, ayat-ayat Quran dan hadis-hadis ini boleh didengar dan dipetik sesuka hati jer... hukum-hakam mainan bibir jer... maklumlah, politik menghalalkan cara walaupun agama digunakan untuk meraih kuasa...
Mulut aku, jari aku, tangan aku, komputer aku... aku punya sukalah aku nak kata apa pun! Korang apa pedulik!